90 : " WHAT KIND OF THIS FEELING? "

647 90 14
                                    

TELEFON yang tiba-tiba bergetar mematikan lamunan Izzue. Telefonnya dikeluarkan dari kocek lalu dijawab tanpa melihat nama pemanggil.

"Weh Izz,"

"Haa Ril," Sahut Izzue setelah mengecam suara Amril.

"Weh kau kat mana ni? Kat dorm kau tak ada, kantin tak ada, gim tak ada, mana kau menghilang malam-malam macam ni hah?"

Izzue diam.

"Woi Izz?"

"Ya aku dengar,"

"Haa kalau kau dengar, jawablah kau kat mana? Couch tanya ni,"

"Airport Senai," jawab Izzue tenang.

"What?! Airport?! Buat apa kau kat airport?"

Izzue diam lagi.

"Couch nak jumpa aku ke?" Izzue menukar topik. Sebab mengapa dia di situ biarlah hanya dirinya yang tahu.

"Hah? Haa..ha'ah. Dia kata nak bincang pasal upcoming tournament nanti,"

Izzue mengangguk faham. "Okay, aku gerak," balas Izzue lalu panggilan dimatikan.

Izzue memandang orang ramai yang sibuk di hadapannya dengan pandangan kosong.

Sebenarnya dia sendiri tidak tahu kenapa dia ada di sini. Apa yang pasti, dia mahu berada di sini walaupun penerbangan sahabat baiknya, Alif dan...

Dianne sudah lama berlalu.

Bukan dia tidak tahu. Dia tahu tapi dia tidak berani untuk menghantar kepergian kedua-duanya. Malah Alif juga langsung tidak menghubungi atau menghantar sebarang pesanan ringkas kepadanya setelah pulang ke Singapura. Izzue tahu Alif masih marah dengannya.

Dan Dianne,

Ternyata gadis itu benar-benar tekad mahu pergi jauh dari dirinya.

Dianne pergi. Alif juga pergi. Bukankah tiada lagi penghalang untuk dia dekat dengan Haira?

Tapi...

Mengapa hati ini terasa kosong?

*******

HAIRA melangkah keluar dari hospital lalu mengatur langkah ke taman rekreasi yang disediakan untuk beristirahat. Sedang dia ingin melabuhkan punggungnya di sebuab bangku, telefonnya tiba-tiba berbunyi.

Mak.

"Wa'alaikummussalam, Mak. Ah, Haira ada ni kat hospital,"

"Hm? Eh tak-tak, Haira okay je, kawan Haziq yang sakit,"

"Teruk tu tahulah teruk macam mana sebab tak dapat result lagi,"

"Okay mak, iya nanti Haira dah sampai rumah Haira call. Mak dengan Ayah balik hati-hati dengan Harraz sekali tu,"

"Okay mak bye, wa'alaikummussalam,"

Panggilan diputuskan.

Haira melepaskan keluhan sambil memandang hadapan. Terimbas kembali detik ketika mereka baru tiba di hospital tadi.

Haziq benar-benar nampak risau.

*Flashback*

"Cepat nurse, cepat!" Haziq tidak lepas memandang hadapan dan Lisa yang terlantar di katil silih ganti.

Haira dan Haziq sama-sama mengikut para jururawat yang sedang menolak katil menuju ke bilik bedah.

"Dik minta maaf ya, sila tunggu di luar dulu," pinta salah seorang jururawat sambil jururawat yang lain sibuk memasukkan Lisa ke dalam bilik bedah.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now