27 : " TRICK II "

911 80 0
                                    

SETELAH dua jam perjalanan, bas yang dinaiki pasukan bola keranjang KSJ akhirnya berhenti di hadapan perkarangan Kolej Sukan Melaka (KSM).

Izzue segera mencabut fon telinga. Pandangan dialihkan pada rakan-rakan yang sudah 'tumbang' dibuai mimpi.

"Boys, wake up! Wake up!" Naufal menepuk-nepuk tangannya. Sengaja membuat bunyi bising agar anak-anak buahnya kembali ke alam nyata.

"Mmmm...," masing-masing mengeliat.

Naufal menggeleng. Pelik betul dia dengan budak-budak ni semua. Dah nak lawan pun masih boleh tidur nyenyak.

"Yang dah bangun tu, tolong kejut yang lain. Entah tidur ke pengsan pun tak tahulah," lanjut Nuafal lagi.

"Wei, bangunlah,"----Danny.

"Mmmmm..,"---Wei Zhoa.

"Eh, labu! Bangun, bangun!"---- Fitri.

"Mmmm...,"---- Amril.

Izzue pula menepuk bahu Alif. "Lep, bangun. Dah sampai," beritahu Izzue sambil tangan lincah mengemas segala barang yang ada.

Alif segera mengangkat kepala yang disandarkan di tingkap. Mata masih terasa berat untuk dibuka. "Mm?"

"Bangun, dah sampai."

Alif mula mengeliat, "Huargh...,"

Jasmin yang sedari tadi memerhati hanya menggeleng sambil tersenyum. Ya, itulah yang sering terjadi. Setiap kali masuk bas sahaja, pasti semuanya akan berakhir dengan kes 'tumbang'.  Ditambah pula dengan bas yang berpenghawa dingin, terus tolak tepi  pasal perlawanan!

"Jas, awak uruskan budak-budak ni ya? Saya nak pergi jumpa pihak penganjur dulu," arah Naufal setelah turun dari bas.

"Baik, Coach."

Naufal mengangguk lalu berlalu pergi. Jasmin hanya memandang Naufal yang sedang bersalaman dengan seorang lelaki. Mungkin lelaki itu adalah kenalannya.

Telefon Jasmin yang bergetar di tangan segera dilihat.

ANDY.

Jasmin mengeluh perlahan. Nama itu lagi. Pelik bila boleh rasa tertekan hanya kerana tunang sendiri.

Dengan malas, mesej dibaca.

'Tengok rooftop.'

Berkerut dahi  Jasmin saat membaca mesej Whatsapp tersebut. Sebelum sempat kepala Jasmin ingin mendongak melihat rooftop, satu lagi mesej daripada Andy masuk.

'Cover, jangan nampak sangat. Aku tak nak orang tahu plan kita.'

Sempat mata dijeling ke langit. Menyampah. Rasa rimas. Rimas kerana perlu berjaga-jaga seperti pencuri. Kepala didongak memandang atas. Tapak tangannya naik menutup dahi dek ingin menghalang sinar matahari yang menerjah pandangan.

Dan itu dia, mata menangkap kelibat Andy. Si lelaki berbadan agak tegap dan tinggi lampai.

Handsome? Kulit sawo matang, handsome-lah juga.

Siapa dia? Dia adalah tunang Jasmin. Tunang tak guna yang entah bila nak jadi suami.

Sebuah cebikkan muncul apabila Andy melambaikan tangan. Kelibat lelaki itu kelihatan sangat kecil pada pandangannya. Dilihat Andy seperti sedang menaip sesuatu lalu menunjukkan telefonnya.

Satu lagi mesej masuk.

''Misi kau mula dalam 20 minit lagi. Beritahu aku semua maklumat yang kau dapat,'

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now