110 : " REALITY OF LIFE "

824 85 14
                                    

Inilah realiti kehidupan.

Realiti dimana kebahagiaan itu bersifat sementara.
Jika kita terlalu bahagia,
Kita akan menangis di kemudian hari.

Maka, berserdehanalah.
Kerana itu adalah sebaik-baiknya untuk setiap manusia.

TIGA hari sudah berlalu sejak kepergian tanpa alasan Haziq. Walaupun ianya terlalu berat untuk diterima Haira, namun dia harus belajar untuk menerimanya.

Kerana inilah kehidupan.

Jam sudah menunjukkan angka 9 malam. Namun Haira masih tekun membuat persiapan terakhir untuk pertandingan besar esok. Gelanggang yang besar itu menjadi peneman setia untuk dirinya yang keseorangan menyemak senarai semak.

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian Haira. Tersenyum dia melihat dua orang jejaka tinggi lampai yang sedang mengatur langkah ke arahnya.

"Tak balik lagi ke cik manager ni?" soal Afiq ramah.

Haira ketawa kecil. "Mestilah tak. Alangkah Coach pun tengah perah otak kat rumah tu, takkanlah saya nak goyang kaki kat sini pulak,"

Izzue tersenyum. "Profesional betul ni,"

"Eh kau jugak yang mintak dulu kan," tambah Afiq seraya mengeyitkan mata pada Haira.

Haira tertawa kecil. Izzue mencebik. Seronoklah tu berpakat kenakan dirinya.

"Eh yang korang berdua ni macam mana boleh merayau lagi ni? Bukan ke korang sepatutnya rehat secukupnya untuk esok? Ingat, esok big tournament tau. Kang ada lah yang merungut letih tak cukup tidur semua. Memang out lah,"

Izzue melabuhkan punggung di kerusi penonton. "Kitaorang memang macam ni. Tak boleh tidur kalau ada tournament. Kan Fiq?"

Afiq yang sedang membantu Haira memeriksa pakaian untuk dipakai esok juga mengangguk dengan senyuman. "Ha'ah. Biasalah penyakit nervous plus excited ni mana ada ubatnya. So kitaorang akan merayau-rayau macam ni. Agaknya sebab tu kot kitaorang boleh jadi roommate,"

Izzue senyum kecil mendengar cerita Afiq.

"Oh macam tu pulak? Hm suka hati koranglah. Yang penting, esok korang buat yang terbaik punya," kata Haira bersama senyuman.

"Itu sudah semestinya. Lagipun kitaorang mestilah nak tunjukkan yang terbaik untuk manager kitaorang yang comel ni," seloroh Afiq.

Haira menarik muka. "Eh dia ni. Dah berjangkit dengan penyakit Amril pulak ke?" balas Haira selamba, membuatkan Afiq ketawa kecil.

Izzue hanya menggeleng.

"Itu bukan penyakit lah, Haira. Itu kan fakta. Dah memang manager kitaorang cute, takkan nak bohong pulak?"

Haira menjeling ke langit. "Apa-apa jelah Fiq oi,"

"Hmm...Haira haus tak? Nak Afiq belikan snek? Sebab Afiq memang rasa nak jalan-jalan ni,"

Haira ketawa kecil.

"Hah bagus jugak tu. Kau belikan aku Twister satu," pesan Izzue selamba.

"Eh mangkuk, kau diam heh. Aku tak pelawa kau pun," balas Afiq selamba.

Izzue ketawa kecil. Botol mineral yang sudah kosong dibaling ke kepala Afiq.

"Aduh!"

Haira ketawa kecil.

"Belikan jugak," pinta Izzue dengan wajah tanpa riak.

Afiq buat muka bengang. "Gedik siot kau ni. Ye ah, aku pergi beli. Haira, Afiq belikan apa-apa je boleh kan?"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now