76 : " WHITE ROSE "

704 86 9
                                    

HAZIQ duduk termenung memandang ahli-ahli kelab squash yang sedang seronok bermain dengan acara utama yang dianjurkan oleh kelab mereka. Sememangnya sudah lama dia 'bertapa' di kelab yang langsung tiada kena mengena dengan dirinya itu. Haziq juga sebenarnya langsung tidak ke tandas sepertimana yang diberitahunya pada Harraz.

Dia cuma ingin bersendirian. Ya. Bersendirian.

Haziq memandang sekuntum mawar putih di tangannya yang dibalut kemas. Lama dia merenung bunga itu.

Mawar putih. Begitu banyak maksud bunga ini.

Persoalannya ,

Maksud yang manakah bakal dipilih si dia sebagai jawapan untuk persoalan itu ?

*******

PATUNG beruang bersaiz sederhana itu dibelek-beleknya. Sesekali dia mencium lalu memeluk erat patung itu.

Amirul tersenyum bahagia sambil memandang bahagia patung beruang berwarna merah jambu itu.

Haira mesti gembira bila dapat hadiah ni.

Amirul bingkas bangun. Sempat dia memeriksa rupanya di cermin almari bajunya.

"Finally , you will be mine now." Senyuman Amirul melebar seperti orang mabuk cinta.

*******

AMRIL dan Hafiz saling bertolak sesama sendiri. Kedua-duannya berebut untuk mengintip si 'bunga' yang sedang sibuk mengemas di dalam. Dalam mereka saling bertolakan , keduanya sedaya upaya untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang boleh membuatkan si gadis itu sedar akan kehadiran mereka berdua.

"Okay kau jaga dia kat sini. Aku nak pergi inform kat yang lain." Arah Amril pada Hafiz.

"Wokeyh."

"Make sure tak kantoi apa-apa ok ? Kalau dia nak keluar , kau terus lari beritahu kami. Kau faham tak ?" Kata Amril perlahan.

Hafiz menjeling ke langit. Masuk kali ini , sudah lebih tiga kali si labu Amril ini mengingatkannya.

"Yelah aku tahu. Dah pergilah cepat. Nanti diaorang semua tunggu kau kang. Nanti aku datang." Arah Hafiz yang juga berkata dengan perlahan. Langsung tidak mahu mengganggu si gadis yang sedang sibuk mengemas gelanggang itu.

"Haa ok-ok." Amril lantas berlari anak ke gelanggang tertutup latihan.

Harap-harap apa yang dirancang menjadi.

*******

DIANNE duduk termenung memandang segelintir pengunjung yang masih sibuk membeli-belah di gerai-gerai yang ada. Terdapat juga beberapa kedai yang sudah mula mengemas.

Dianne mengeluarkan telefonnya dari kocek jaket sukan lalu memasuki ruang galeri. Gambar Izzue ketika bermain bola keranjang tadi sempat diambilnya.

Dianne tersenyum kecil.

Kenapa ?

Kenapa susah sangat nak lupakan dia ? Walaupun segala gambar bersamanya sudah dipadam habis , namun tetap juga dia ingin menyimpan sebuah gambar lelaki ini.

"Can I love you from the far ?"

Lama Dianne menatap gambar itu sebelum menyimpan semula telefon itu di dalam kocek jaket. Dia kemudiannya mengangkat tangan kirinya untuk melihat waktu.

Terbuntang sedikit mata Dianne saat melihat tangannya kosong tanpa jam kesayangannya itu.

"Ah ," Dianne terus memeriksa segala kocek jaket dan seluar sukannya namun tiada.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now