123 : " FEEL LOST "

911 89 17
                                    

BAM!

BAM!

BAM!

AFIQ memejamkan matanya. Hampir lima belas minit mereka berada di gelanggang, dan selama itu jugalah bunyi lantunan bola oren yang itu menyapa telinga mereka. Bunyi itu jelas kedengaran semakin kuat kerana bola tersebut bukan dilontar ke dalam bakul jaring, sebaliknya sengaja dilontar ke arah papan kayu bakul jaring tersebut.

"Sham, come on, dude. Calm down," Wei Zhoa yang sedang duduk sambil memeluk kedua lututnya mula bersuara.

Erizal melepaskan keluhan perlahan. Kelibat Sham yang masih tidak henti melontar bola itu dipandang. "Bro,"

"Korang menjeritlah sejuta kali pun, aku tak akan puas selagi muka si tak guna Alex tu tak kemek macam apa yang aku tengah cuba buat kat papan tu sekarang ni. Korang jangan haraplah aku nak berhenti," kata Sham tekad,

"Masalahnya dude, itu papan yang tak ada dosa liao, bukan muka si sohai itu. Buat apa lu buang tenaga pukul itu board?" lanjut Wei Zhoa yang sudah putus asa dengan Sham.

(Sohai in chinese means stupid. Sorry if im wrong)

"Entahnya kau ni. Sudahlah Sham, kau tak malu ke dengan Hariz, Nazri, dengan Danny ni? Kau tu senior sama kitaorang leh. Cuba relax sikit. Lepaskan geram macam tu kau dapat apa je?" Tambah Chan Hao yang agak fasih berbahasa melayu.

Sham tertawa sinis. Bola yang ada di lantai gelanggang dikutip lalu dia berpaling ke belakang, memandang rakan-rakannya.

"Relax korang kata? Eh, si ban*sat tu dah langgar kawan kita tau! Pasal dia, kita semua tarik diri dari final! Pasal dia, kapten kita sekarang ni tengah terlantar kat katil hospital! Dan Pasal dia jugak kita semua hancur! Bukan senang kita semua nak sampai tahap ni guys, tapi sekarang korang tengoklah apa yang kita dapat! Aku kecewa lah si*l macam ni! Dengan.., dengan si Izzue tu yang dah..," Sham meraup wajahnya.

Senyap. Kelihatan masing-masing diam sejenak sambil menundukkan wajah.

"Kita patut bersyukur," Afiq yang sedari tadi senyap tiba-tiba bersuara.

Lantas, semuanya memandang Afiq.

"Korang tahu tak apa perasaan aku sebagai roommate dia bila dapat tahu Izzue accident?" lanjut Afiq tenang sambil memandang kosong hadapannya.

Senyap.

"Aku takut, hawau. Sumpah. Sebab sebelum dia gerak keluar, ayat terakhir dia.., Lepas kita menang final, baru dia boleh 'pergi' dengan aman,"

Sham ketawa sinis. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya ke arah Afiq yang sedang duduk di bangku penonton.

Mendengar tawa sinis itu, semua mula memandang pelik ke arah Sham.

"Kalau kau mamat tu pelik semacam, kenapa kau tak halang dia?" soal Sham sinis.

"Eh bro," Chan Hao tidak senang dengan soalan Sham.

"Sham." Erizal memandang serius rakan yang seusia dengannya.

Afiq memandang Sham dengan kerutan. "Kau nak salahkan aku ke sekarang ni, Sham?"

"Oh, kau rasa macam tu ke? Baguslah. Siapa makan cili, dia lah yang rasa pedasnya, kan?" lanjut Sham lagi dengan nada sinis.

"Kau serius, bro?" Afiq mula memandang tajam Sham. Cukup tercabar dia dengan pertuduhan tidak berakal Sham itu.

"Pehal? Kau nak kata kau tak salah? Eh Fiq, apa guna otak kau tu hah masa tu? Kau tak boleh fikir ke esoknya kita ada final game, jadi kau tu sebagai roommate dia yang berotak, patutnya halang dia dari keluar dari kawasan KSJ ni. Lagi-lagi bila kau dengar ayat dia yang pelik macam ajal dah nak sampai tu, kau boleh lepaskan dia ? Eh bro, kalau kau halang dia waktu tu, kita semua dah genggam piala juara lah si*l!" serentak dengan itu juga bola yang ada di tangan Sham dilontar kuat ke arah Afiq.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now