108 : " OUR LAST DAY "

724 87 14
                                    

"SEDAPNYA bau bubur ni...siapa yang masak ni bang? Takkan abang kot?" kening Lisa sudah terangkat sebelah.

Haziq yang sedang menghidangkan bubur itu untuk Lisa terus buat muka bengang. Haih lah, tadi dah jumpa seketul minah annoying. Takkan Lisa pun nak jadi minah annoying nombor dua pula?

"Kau ni, memang tak lah aku yang nak masak. Macam yang aku cakap semalam, kau bukannya anak raja sampai aku nak buatkan semua ni," balas Haziq selamba sambil menghulurkan bubur itu kepada Lisa.

Lisa mencebik. "Habis tu kalau bukan abang, siapa yang rajin nak buatkan bekal untuk kita berdua?" lanjut Lisa.

Haziq diam sejenak. "Haira,"

Terhenti suapan Lisa. "Hai...Kak Haira? Jiran abang?"

Haziq mengangguk tenang.

Lisa terkebil. "Tapi...kenapa?"

Haziq mengangkat bahu. "Manalah aku tahu. Dia pelik semacam lepas balik kem ni. Aku rasa ada saka ikut dia tak," jawab Haziq selamba.

"Tsk, ish abang ni," decit Lisa geram. Suka benar lah kata benda yang tak masuk akal.

"Apanya? Betullah kan?"

Lisa senyum kecil sambil memandang buburnya. "Tak betul. Sebab pada Lisa, Kak Haira tu baik,"

Haziq mencebik. "Tak sedar diri betul kau ni. Selama ni akulah yang duk tercongok tepi kau. Hadap bau ubat hospital hari-hari sampai nak termuntah, sekali pun kau tak ada puji aku baik kan?"

Lisa menjeling ke langit. "Kalau nak puji, maksudnya abang tak ikhlas lah kan?"

Haziq ketawa kecil. "Yelah,yelah. Aku main-main je tadi,"

Lisa mencebik lagi.

Haziq memandang Lisa lama. Senyumannya muncul. "Selalu senyum macam ni, barulah hati aku senang nak kerja,"

Lisa memandang Haziq dengan mulut penuh kunyahan.

"Kau sabar heh, aku janji aku akan dapatkan kau pembedahan tu,"

Lisa diam. Dia senyum lemah.

Kerana dalam hati,

Dia sudah pun menghitung hari.

Maaf bang,

Lisa tidak punya banyak waktu lagi.

*******

PENUH khusyuk Haira memandang skrin telefonnya, cuba untuk mencari maklumat tentang pertandingan piano antarabangsa yang bakal dihadiri Haziq. Geram juga dia dengan Harraz yang boleh lupa dengan nama pertandingan itu. Kalaulah si labu tu ingat, mesti kerja Haira tidak sesukar ini. Bukannya apa, Haira cuma mahu tahu tarikh pertandingan itu sahaja.

Cari punya cari, Haira masih gagal menemui maklumat tentang pertandingan itu. Haira yang sudah putus asa terus menghela nafas berat.

Haira kemudiannnya memandang anak-anak buah Naufal yang sedang bersungguh berlatih. Bunyi tapak kasut yang bersatu dengan lantai gelanggang membuatkan Haira tersenyum. Sejak jadi pengurus kelab bola keranjang KSJ, bunyi itu dan juga bunyi lantunan bola sudah menjadi bunyi kegemarannya.

Izzue melabuhkan punggung di sebelah Haira lalu meneguk air mineral. Haira memandang Izzue yang sedang berehat dan peranannya digantikan oleh Afiq.

"Buat apa kau sampai muka pasrah macam ni?" soal Izzue tenang.

Haira menghela nafas perlahan. "Entahlah...fed up dah sekarang ni,"

Izzue senyum kecil. Kepala Haira yang ditutupi dengan topi diusap digosok perlahan. "Chill, kiddo,"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now