121 : " FIRST LOVE "

1.3K 106 31
                                    

"JADI..sebab tu lah selama dia menghilangkan diri?" Haira bersuara setelah hampir dua puluh minit tekun mendengar cerita dan penjelasan dari Elissa.

Elissa di sebelah mengangguk tenang. Dia yang tadinya berpeluk tubuh kemudian memandang Haira.

"Aku pun tak sangka selama ni dia pendam benda macam tu sorang-sorang. Dengan perangai dia yang macam gangster tu, honestly memang apa yang dia buat ni unexpected lah dari apa yang selama ni aku fikir pasal dia,"

Haira mengeluh perlahan. Hatinya tidak henti-henti diselubungi rasa bersalah terhadap lelaki bernama Faiq Haziq itu. Sungguh berat beban yang terpaksa dipikulnya dan semuanya hanyalah demi keselamatan orang-orang yang rapat dengannya.

Elissa senyum kecil sambil memerhatikan Haira dari atas hingga bawah. Entah kenapa, dia terasa lucu dengan apa yang sedang berlaku kini. Manakan tidak, dalam banyak-banyak gadis kat dunia ni, kenapa akhirnya 'musuhnya' ini juga ya yang menjadi pilihan si samseng itu?

"Kecil betul dunia ni, kan?" Haira segera memandang Elissa tatkala ayat itu keluar dari mulutnya.

"Maksud kau?" lanjut Haira tidak mengerti.

Elissa senyum lagi. "Yelah, dulu aku punyalah beria, bersumpah bagai dengan diri aku sendiri yang aku tak nak nampak muka kau atau dengar pasal kat mana-mana sekalipun. Serius aku memang meluat gila dengan kau masa tu. Tak ada yang ngam kalau pasal kau ni. Tapi kau tengok sekarang ni? Tup-tup aku kat sebelah kau, borak macam kawan lama ek?" jelas Elissa lalu mencebik.

Serentak dengan itu Haira tertawa kecil. Sungguh, dia juga tidak pernah menyangka bahawa mereka boleh duduk bersebelahan begini. Kalau dulu, jangankan sebelah, satu baris meja pun belum tentu minah kerek ini mahu duduk dengannya. Punyalah 'hina' status pelajar aliran sastera di minah kerek ni ketika itu.

"Tapi...,"

Elissa menoleh.

"Kenapa kau tolong Haziq?" soal Haira.

Elissa diam sejenak. "Kenapa kalau aku tolong dia?"

Haira menggeleng perlahan. "Tak, bukan. Sebab setahu aku, kau dulu kan... selalu champion dalam muzik. So, aku anggap yang mungkin... Haziq ni boleh jadi 'musuh' kau waktu tu?" tebak Haira.

Elissa senyum kecil sebelum mengangguk perlahan. Dalam erti kata lain, dia setuju dengan pendapat dan tekaan Haira.

"Betullah tu. Secara kenyataannya, aku pun anti dengan dia, sama macam aku anti dengan kau,"

Haira mencebik. Elissa pula sudah tertawa kecil.

"Tapi tak semua orang jahat tu jahat, Haira. Dan tak semua baik tu baik," sambung Elissa bersama senyuman kecil.

Haira mengerutkan dahi. Apabenda pulak minah kerek ni nak duk bersastera.

"Pada mata aku dulu, Haziq memang nampak macam bad boy. Tapi lepas aku jumpa dia balik ni, sangkaan aku meleset sama sekali. Dia bad boy kat luar, samseng gelandangan dari atas sampai bawah, tapi dalam hati dia bersih macam kain putih, Haira."

Haira terdiam.

"Tak perlu kot aku nak terangkan kenapa aku cakap macam tu sebab buktinya dah ada pun. Apa yang kau dengan dia lalui sekarang ni, adalah pengorbanan dia demi orang-orang yang dia sayang," sambung Elissa lagi tenang.

Haira tunduk.

"Aku simple kan je lah kenapa aku tolong dia," kata-kata Elissa membuatkan Haira terus memandangnya.

"Dia buat benda baik dengan orang, maka orang akan buat benda yang baik dekat dia. Apa yang dia buat untuk aku, inilah yang dia dapat," kata Elissa tenang namun penuh makna.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now