56 : " DO YOU LIKE ME? "

847 89 4
                                    

BREK kaki dipijak secara perlahan apabila lampu isyarat bertukar merah. Lagu yang rancak bermain di radio kereta tidak berjaya menarik perhatian Izzue. Fikirannya serabut dan wajahnya juga kusut. Rambutnya yang sentiasa kemas kini sudah serabai. Riak wajahnya lemah tidak bermaya.

Sudah hampir setengah jam dia melangkah keluar dari rumah banglo itu dan sehingga kini dia masih tidak punya hala tuju. Telefonnya juga tidak berhenti berdering. Dia tahu itu pasti panggilan dari kedua orang tuanya. Sesekali telefonnya dikerling dan terlihat nama Afiq di skrin telefon. Izzue tersenyum sinis. Pasti Mama dan Papanya yang menyuruh Afiq menelefonnya.

Sedih? Kecewa?

Dia sendiri tidak punya jawapan. Walhal sebelum ini dia memang sentiasa dipulaukan, diberi layanan seperti anak tiri. Namun entah kenapa kali ini ia terasa begitu menyakitkan.

Mama dengan Papa sedikit pun tidak pernah fikir akan perasaannya.

Izzue menyandarkan kepala di kerusi lalu meraup wajah. Pandangan kosong dihala ke hadapan, memandang pejalan-pejalan kaki yang sedang melintas.

Namun tubuhnya menjadi tegak apabila matanya melihat seorang lelaki dan seorang gadis yang dikenali, sedang seronok bergelak tawa melintasi pejalan kaki itu.

Haira dan Haziq.

Dapat dilihat betapa gembiranya Haira bersama Haziq. Gadis itu sedang bermain dengan sebuah hoverboard sambil tangan kirinya memaut lengan kanan Haziq. Haira juga pantas menarik Haziq tatkala lelaki itu cuba mengacah-acah untuk melepaskannya. Izzue mengagak bahawa Haziq sedang mengajarnya menaiki hoverboard tersebut.

Haira.

Nama yang indah. Seindah orangnya. Diberikan anugerah sepasang mata yang cantik, yang bisa membuatkan sesiapa sahaja yang sedang marah kembali tenang. Ya. Itulah yang sering berlaku pada Izzue. Dia sering gagal untuk memarahi gadis itu apabila terpandang matanya. Pandangan yang jujur, mungkin sejujur hatinya.

Lantas tanpa sedar, segala tentang Haira mula bermain di fikiran. Dari saat pertama kali mereka berjumpa, iaitu ketika hilangnya sapu tangannya sehinggalah kejadian petang tadi. Riak wajah tawanya, marah dan senyumannya, semuanya bermain di fikiran.

TINN! TINNN!

Izzue tersentak. Kalut seketika apabila melihat kereta-kereta di hadapannya yang sudah berada jauh di hadapan.

"Haish." Izzue berdecit perlahan saat melihat lampu isyarat yang sudah bertukar hijau. Lantas dia kemudiannya mula menekan pedal minyak.

Pedulikan apa yang baru dilihatnya. Apa yang penting, dia ingin berjumpa Haira.

Izzue perlukan seseorang.

Seseorang yang betul-betul boleh memahaminya.

Seorang sahaja.

*******

AMIRUL pantas bermain dengan telefonnya saat melihat Haziq dan Haira yang semakin menghampiri. Dia berlakon seolah-olah sedang sibuk bermain dengan telefon sambil kepala ditundukkan dan ditutup dengan topi hitam. Suara Haziq dan Haira semakin jelas kedengaran saat keduanya melepasi dirinya.

"Aku lepaskan eh?" ugut Haziq bersama senyuman nakal.

"Awak ni janganlah!" Haira semakin menguatkan pegangannya pada lengan Haziq, membuatkan lelaki itu ketawa mengekek.

"Tahu takut!"

"Awak jangan cari pasal eh! Awak lepaskan saya memang saya tak tegur awak 44 hari!" balas Haira separuh mengugut.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now