124 : " WE DID IT "

918 91 13
                                    

AMRIL menanti penuh sabar sambil jari telunjuk kanannya diketuk ketuk pada bonet kereta. Dia yang akhirnya putus asa terus memandang rakan-rakannya di kereta lain yang masih terkedek-kedek keluar dari perut kereta.

"Haish korang ni! Macam siput! Siput pun malu nak jalan dengan korang ni!" protes Amril geram.

"Siput kau kata kitaorang? Kau sejak akhir-akhir ni makin laju ya jalan dengan kaki pendek kau tu? Pasang turbo ke macam mana ni?" usik Hafiz selamba sambil merangkul bahu Amril.

Kata-kata Hafiz mengundang tawa yang lain.

"Kau ni-"

"Ok-ok, dah-dah aku faham. Jom kita pergi masuk cepat," belum sempat Amril mahu membalas kata-kata Hafiz tadi, Hafiz terlebih dahulu mendorong tubuh Amril memasuki hospital yang besar itu. Rakan yang lain membuntuti mereka dari belakang bersama senyuman lucu dan tawa geli hati dengan tingkah kebudak-budakkan Amril.

"Ukh? Haziq?" serentak semuanya memandang ke arah Haziq tatkala nama itu meniti di bibir Amril

Haziq yang sedang berjalan pantas bersama riak wajah bengang spontan terhenti apabila pemain-pemain bola keranjang itu mengerumun dirinya.

"Yah, betullah, Haziq." Sham terus memeluk Haziq yang sudah lama tidak dijumpanya.

Haziq agak kekok namun dia membalas juga pelukan mereka seorang demi seorang.

"Aku nampak kau kat tv. Bukan main gangster eh kat balai polis?" usik Hafiz sambil menepuk bahu Haziq.

Haziq tersengih. Dia menggaru belakang lehernya.

"Kau nak ke mana ni, Ziq? Rushing semacam je kitaorang tengok?" tanya Afiq lalu disambuti anggukan dari yang lain.

Haziq diam.

Mereka memandang sesama mereka.

"Ziq?" giliran Alif pula bertanya.

"Yah, kau kenapa ni, bro? Ok ke KO ni? Izzue macam mana? Dia dah sedar kan?" Amril turut bertanya.

Haziq menghela nafas perlahan. "Dia dah sedar,"

"Alhamdulillah," semua mengeluh nafas lega mendengar jawapan Haziq.

"Aku nak jumpa Alex." kata Haziq tiba-tiba.

Serentak semuanya memandang Haziq.

"Kau nak buat apa jumpa dia?" Erizal sudah berkerut.

"Ziq, kau nak buat apa lagi ni? Tak cukup lagi ke hari tu kau belasah si Alex tu?" Afiq menambah risau. Jelas-jelas dia nampak dengan matanya sendiri bagaimana nekad Haziq mengerjakan Alex sewaktu di balai polis tempoh hari. Mujurlah dia dan Naufal cepat bertindak. Kalau tidak, pasti budak ini bermalam di lokap.

Haziq diam lagi. Hanya nafasnya kedengaran turun dan naik.

"Haziq, what's wrong with Izzue?" Chan Hao yang tadinya diam akhirnya bersuara dengan memandang serius Haziq.

Haziq memandang Chan Hao.

"Si labu tu tak boleh terima keadaan dia sekarang. Dia hampir buat kerja gila nak baling pasu kaca kat kaki dia. That's why lah aku nak jumpa si Alex tu. Sebab dia, si labu tu dah jadi gila macam aku dulu," jelas Haziq senada.

"Jumpa Alex boleh pulangkan balik kaki Izzue ke?"

Serentak semua memandang ke arah pemilik suara itu.

"Cutie!" Amril berubah teruja.

"Haira." semua terlihat senang dengan kehadiran pengurus kecil mereka itu.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now