59 : " IF I COULD MAKE YOU MINE "

757 82 0
                                    

"TERIMA kasih dik, datang lagi." ucap Pak Daud bersama senyuman. Pandangan dihala pada pelanggan tersebut hingga ke muka pintu. Ketika itu juga, Haziq melangkah masuk.

"Eh, Haziq!" sapa Pak Daud yang agak terkejut dengan kehadiran anak muda itu. Jam di dinding di kerling. Sudah jam 11 malam.

"Assalammmualaikum Pak Daud." Haziq melabuhkan punggung di kerusi meja kaunter.

"Wa'alaikummussalam. Haa, Haziq. Apa mimpi kamu datang kafe malam-malam buta ni? Sorang pula tu. Biasanya kalau tak dengan si Harraz, kamu mesti datang dengan Haira."

Haziq diam sejenak. Ah, kenapalah Pak Daud sebut nama Minah Kemetot itu.

"Saja datang, Pak Daud. Tak boleh nak tidur pula bila sejuk macam ni. Pak Daud, buatkan Espresso panas satu." Haziq cuba mengalih topik. Tidak ada rasa minat untuk bercerita tentang Haira. Apatah lagi saat mengingati wajah Izzue tadi.

"Yelah. Kejap Pak Daud buatkan ya,"

Haziq pula bermain-main dengan loceng di hadapannya. Sempat juga dia tersenyum saat teringat akan Harraz yang dahulunya menekan-nekan loceng itu. Dahulu, dia yang memarahi Harraz. Kini, dia sendiri yang seronok menekan-nekan loceng itu.

"Patutlah Si Labu tu suka main benda alah ni. Best juga buat bising ek?" onel Haziq perlahan sebelum pandangannya teralih pada bilik stor yang terletak di sudut belakang.

"Ziq, ni kopinya." Espresso yang telah siap dibru diletak di meja kaunter.

"Oh ya, berapa Pak Daud?" Haziq bersiap sedia ingin menyeluk kocek hoodie.

"Eh, tak payahlah. Pak Daud belanja. Minum jelah."

Haziq terkebil. "Betul ni Pak Daud? Eih, naik segan lah pulas aya macam ni."

Pak Daud ketawa kecil. "Eh tahu pula kamu segan? Biasa kamu tu kalau tak dengan muka tembok kamu memang tak sah,"

Terbantut niat Haziq yang tadinya ingin mencicip Espresso-nya.

"Eh eh Pak Daud ni? Main kasar nampak?" balas Haziq dalam nada mengusik.

Pak Daud membalas dengan tawa kecil lagi. "Tak adalah. Pak Daud bergurau je. Pak Daud bukan apa, cuma Pak Daud pelik je tengok muka kamu tu layu semacam. Dah macam orang putus cinta dah Pak Daud tengok. Kenapa? Kamu ada masalah ke?"

Haziq tersenyum. "Tak adalah, Pak Daud. Saya cuma letih sikit je hari ni."

Pak Daud mengangguk tanda faham.

"Em, Pak Daud." panggil Haziq setelah seledai mencicip Espresso-nya.

"Ya?"

"Er..." Haziq menggosok belakang tengkuknya. Agak serba salah dia untuk meneruskan kata-katanya itu.

"Kalau Pak Daud tak kisah, bo.., boleh tak kalau saya nak guna piano kat bilik stor Pak Daud tu?"

Pak Daut tersenyum kecil. "Alah, guna jelah. Pak Daud tak kisah pun. Kamu nak main berapa lama berapa hari pun Pak Daud tak kisah. Lagipun, piano tu memang dah lama terbiar tak diusik. Nak main bukannya Pak Daud pandai. Mahu bernanah telinga customer kalau dengar Pak Daud main." seloroh Pak Daud.

Haira ketawa kecil. "Terima kasih, Pak Daud."

"Sama-sama. Haa pergilah tengok piano tu. Tapi nanti kamu angkatlah dulu kainnya. Pak Daud tutup dengan kain sebab takut piano tu kotor. Pak Daud nak layan customer tu kejap." kata Pak Daud sebelum beransur pergi.

"Terima kasih Pak Daud!"

Sekali lagi Haziq memandang stor itu selama sepuluh saat sebelum bangun dari kerusi meja kaunter. Kakinya mula melangkah ke bilik stor tersebut dan perlahan-lahan memulas tombok pintu yang tidak berkunci. Dia menebak mungkin Pak Daud tidak menguncinya kerana mahu mengambil stok susu dan kopi yang disimpan di dalam stor.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now