62 : " CONCERNED "

814 90 8
                                    

"UNTUK siapa ni, Kak?" soal Harraz kehairanan sambil menarik kerusi meja makan. Sambil itu tangannya sibuk mengelap rambut yang basah.

Haira mengerling sekilas adik bertuahnya yang baru selesai mandi itu.

"Untuk kawan kau lah."

Dahi Harraz berkerut. "Kawan?"

"Yelah. Si Mamat kat atas ni. Dia kan 'pendatang asing' sama macam kau,"

"Heish dia ni..," Harraz berdecit geram manakala Haira membalasnya dengan jeliran lidah.

"Rajin betul akak buatkan sarapan untuk dia. Makin berlemak lah Abang Haziq tu kan bila selalu dapat sarapan free macam ni," kata Harraz sambil mengambil sebiji kuih karipap comel lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Habis tu, takkan akak nak buat biasa je kalau dah jiran yang duduk atas rumah kita ni kawan akak masa sekolah dulu? Lagipun dia dah banyak tolong akak. Apa lah sangat nak dibandingkan dengan sarapan ni semua kan?"

Harraz diam tidak membalas. Sebenarnya dia seperti faham apa yang diperkatakan Haira. Mungkin kakaknya itu tidak tahu yang dia sudah mengetahui apa yang berlaku pada kakaknya tujuh tahun dahulu. Dan dalam diam juga Harraz bersetuju dengan Haira tentang jasa Haziq selama ini. Jika bukan kerana pertolongan Haziq yang perasan 'tampan' itu, dia sendiri tidak pasti sama ada dia dapat melihat senyuman kakaknya itu lagi.

Maruah hampir tergadai pada usia belasan tahun. Siapa yang tidak trauma, bukan?


* * * * * * *


"GELAP je? Tidur lagi ke mamat ni?" omel Haira sendirian sambil melihat langsir rumah kecil Haziq yang masih menutupi tingkap.

Loceng rumah ditekan untuk kali pertama.

TING TONG.

Tiada sebarang balasan diterima.

Loceng ditekan buat kali kedua.

TING TONG.

Masih tiada sebarang balasan. Haira yang sudah malas mahu berdiri akhirnya mula menekan nombor kata laluan rumah. Terkejut juga Haira kerana kata laluan tersebut masih sama, bermaksud Haziq masih tidak menukarnya dengan kata laluan yang baru.

"Assalammualaikum.., awak..," Haira menjengahkan kepala di sebalik pintu yang dibuka sedikit. Membulat besar matanya saat melihat Haziq yang masih lena berselimut sementara rumahnya bersepah seperti kapal karam.

Lantas pintu terus ditolak besar.

"Muhd Faiz Haziq!"

"Hmm..," suara Haira yang agak kuat akhirnya mengejutkan Haziq dari lena. Kelopak matanya dibuka perlahan dan tangannya pantas menutup sedikit mata yang silau dengan sinaran terang cahaya.

"Ah.., apa kau ni.., silau lah..," rungut Haziq dengan suara sedikit serak.

Haira memandang Haziq dengan keluhan berat. Mangkuk tingkat itu diletakkan di almari comel yang ada di sebelah lalu dia melangkah ke arah tingkap. Kesemua langsir yang menutupi tingkap diikat dan secara automatik rumah comel itu bertukar menjadi terang.

"Haishh..," Haziq pantas menutup mukanya dengan selimut. Rasa kantuknya masih bermaharajarela.

Haira bercekak pinggang memandang Haziq.

"Awak, bangun sekarang."

"Apalah kau ni.., pagi-pagi dah mengganggu ketenteraman orang. Blah ah.., Tak malu ke masuk rumah orang?" bebel Haziq dengan seluruh tubuh masih diselubungi selimut.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now