60 : " PARTNER "

786 89 8
                                    

"MEMANG tak ada any kind of 'thank you' ke?"

Haira menoleh pada Izzue yang sedang tenang memandu. Sebuah cebikkan dihadiahkan buat perlian halus tadi.

"'Any kind' tu maksudnya BUKAN ucapan terima kasih pakai air liur je kan?" tebak Haira sambil mengerling Teddy Bear coklat yang berjaya dimenangi hasil kejayaan Izzue.

"Absolutely true." jawab Izzue sambil senyum kecil.

Haira jeling ke langit. Fine. Dia dah masuk perangkap mamat ni. Pandai juga Si Ketam Beku ni mengumpan orang ya?

"Apa 'give and take' yang awak nak dari saya tu?"

Izzue diam sejenak.

Haira menoleh. Senyap pulak dah.

"Jadi partner aku."

Haira pula yang diam. Tidak mahu saat faham dengan perkataan 'partner' itu tetapi..,

"Partner? Macam boyfriend dengan girlfriend ke? Eh jap, awak suka saya ke?" makin berkerut-kerut kening Haira sambil mengutarakan berdas-das soalan.

"Partner ni tak semestinya perlu bermula dengan suka sama suka. Sometimes, dia lebih kepada 'a close friend' yang ada bila we need someone to talk, to listen.., even bagi nasihat yang boleh perbaiki diri kita sendiri."

Haira lepas keluhan perlahan. "Nasib baik. Ingatkan awak buang tebiat syok kat saya ke apa,"

Izzue ketawa kecil. "Tapi tak mustahil juga,"

Haira angkat kening. "Tak mustahil apa?"

"Tak mustahil yang aku boleh suka kau."

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now