109 : " FINALLY GONE "

711 84 3
                                    

PERLAHAN-LAHAN Lisa membuka kelopak matanya. Setelah pandangannya jelas, dia mengerling jam di dinding. Sudah jam 7.30 pagi, namun kelibat Haziq masih tidak kelihatan. Biasanya seawal 7 pagi Haziq sudah berada di sebelahnya dan menunggunya tersedar dari lena.

Lantas perlahan-lahan Lisa bangun. Saat dia ingin mencapai gelas air di meja sisi, dia terlihat sekeping kertas yang dilipat dan diletakkan di bawah gelas air mineral itu.

Hati Lisa mulai rasa tidak enak. Namun kertas itu tetap juga diambil lalu lipatan kertas tersebut dibuka.

Buat beberapa hari aku tak boleh melawat kau sebab aku akan tinggal di rumah Prof Harith untuk latihan terakhir.
Doakan aku dapat buat yang terbaik untuk pertandingan tu.
Please jaga diri.
Dan tolong terus kuat.
I will be back,

See you later, budak.

Selesai membaca, Lisa pantas mencapai telefonnya. Aplikasi dibuka dan kenalan Haziq disentuh.

Last Seen : Yesterday at 11.00 pm.

Lisa mengigit bibir lalu menyentuh butang menu. Setelah itu di mencari kenalan Haziq dan tanpa menunggu lama dia twrus menyentuh icon telefon.

Telefon didekatkan di telinga.

'Harap maaf, panggilan yang anda-'

Lisa mematikan panggilan.

Satu keluhan berat dilepaskan lalu perlahan-lahan dia memeluk kedua lututnya.

Satu titisan mutiara jernih mula menitis di pipinya.

Abang,

Sungguh Lisa tidak punyai waktu lagi.

Apa yang Lisa perlukan sekarang adalah,

Abang ada di sisi Lisa...

...sewaktu Lisa menghitung hari-hari terakhir Lisa.

*******

HARRAZ mencapai senduk yang diletakkan di tepi pinggan lalu mula mencedok mihun goreng yang dimasak Haira. Dia kini bersiap-siap untuk pergi kerja.

Haira juga pantas menyiapkan diri setelah selesai mengemas dapur. Dia mengikat rambut paras bahunya lalu terus melangkah ke dapur. Dia harus menyiapkan bekal makanan untuk Haziq dan Lisa.

"Bekal untuk Abang Haziq ke?" soal Harraz dengan mulut penuh

Haira memandang Harraz sekilas bersama senyuman. "Ha'ah,"

Harraz mengangguk-anggukan kepalanya dengan mulut memuncung. Namun saat menyedari ada dua bekal, dahinya terus berkerut.

"Lagi satu tu untuk siapa?"

"Eh adalah, sibuk je," balas Haira selamba.

Harraz mencebik. Dia memandang wajah kakaknya. Ada sesuatu yang pelik pada wajah kakaknya itu.

"Berapa lama menangis semalam?"

Terhenti pergerakan lincah tangan Haira saat mendengar soalan yang tidak dijangka itu. Lantas dia cuba mengelak dari membalas pandangan adiknya.

"Asal kau tanya?"

Harraz mengeluh perlahan. "Mata tu, kalau dah bengkak macam tu nak kata apa lagi? Lepastu sekarang boleh pulak akak duk senyum-senyum sambil siapkan bekal dia. Haih, cinta tu memang buta agaknya,"

Haira senyum kecil. "Yeah, cinta tu buta,"

Haira kemudiannya menggeleng. Dia tidak sepatutnya melayan perasaan waktu ini. Bekal ini harus dihantar dengan cepat sementelah dia juga harus pergi ke KSJ awal.

Harraz hanya memandang langkah kakaknya hingga gadis itu hilang dari pandangan. Satu keluhan perlahan dilepaskan.

Sambil memasukkan suapan mihun ke dalam mulutnya, Harraz mula berfikir akan sesuatu.

Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?

Sementara itu, Haira menaiki tujuh anak tangga itu dengan senyuman. Dia cuba untuk melupakan perkara yang berlaku semalam. Walaupun perasaannya sudah ditolak, namun itu bukan alasan untuk dia menjauhkan hubungannya dengan lelaki itu.

Kerana padanya, hanya Haziq sahabat sejatinya yang dia punya watu ini.

Akhirnya Haira tiba di hadapan rumah comel yang memberikan banyak kenangan kepadanya. Haira sempat tersenyum saat mengingati segala kenangannya bersama Haziq dulu.

Haira menarik nafas untuk menenangkan dirinya. Dia harus bersiap sedia untuk menerima sebarang layanan dingin dari Haziq.

Pintu itu akhirnya diketuk.

"Haziq, ni saya. Awak tak bangun lagi ke? Sekarang dah 7.40 pagi dah. Bukan ke awak sepatutnya siap-siap untuk tengok Lisa?"

Senyap.

Haira mengeluh perlahan.

"Baiklah. Saya minta maaf kalau apa yang jadi semalam buat awak tak selesa. Tapi kita masih boleh jadi kawan kan? Kalau kawan pun susah untuk awak, apa kata kita jadi jiran yang sentiasa ada ketika salah seorang dari kita berada dalam kesusahan? Hm"

Senyap.

Haira mengerutkan dahi. Pintu itu sekali lagi diketuk.

"Haziq...keluarlah.. Awak tak sihat ke?"

Senyap.

Haira mula rasa tidak sedap hati.

"Awak, saya masuk ya," Haira meminta izin.

Tiada sebarang balasan diterima, membuatkan Haira tidak fikir panjang untuk terus menekan kata laluan milik Haziq.

Perlahan-lahan Haira menolak pintu tersebut. Sekali lagi dahinya berkerut apabila rumah itu berada dalam keadaan gelap gelita.

"Haziq?" Haira menjengahkan kepalanya. Keadaan yang gelap itu membuatkan Haira  tidak dapat melihat apa-apa.

"Haish...kenapa awak gelap sangat ni? Patutlah tak bangun-bangun lagi..," omel Haira sambil melangkah masuk ke dalam rimah tersebut. Pintu yang secara automatik tertutup itu membuatkan keadaan menjadi sangat gelap.

Lantas tangan Haira mula meraba untuk mencari suis lampu.

Suis lampu ditekan.

"Ha....,"

Haira kaku.

Buat beberapa saat tubuhnya hanya tegak. Nafasnya terasa seakan sesak. Tubir matanya mula terasa panas.

"Ke..kejap....ma..mana..," tergagap-gagap Haira menuturkan kata hingga tanpa sedar beg bekal yang berada dipegangnya terlepas dari tangan.

"A...apa ni..?" hilang kata Haira apabila melihat tilam dan bantal serta selimut Haziq terlipat kemas seperti tidak diusik. Malah rumah itu juga kelihatan begitu kemas.

Namun bukan kemas yang sepatutnya.

Ianya adalah kemas yang kosong.

Kosong....

Lemah langkah Haira merapati almari. Lalu tangannya yang menggigil cuba membuka almari tersebut.

Kosong.

"Allah...," lemah tubuh Haira dan akhinrya dia terduduk di hadapan almari itu. Kata-kata terakhir Haziq kembali bermain di ingatan.

"Terima kasih kerana suka aku. Dan juga maaf kerana tak dapat balas perasaan kau. Jaga diri,"

Jaga diri...

Haira menggeleng perlahan.

"Tak...tak mungkin...Awak patut beritahu saya kalau awak mak pergi...Tak...bukan macam ni...tak...," esakan Haira mula kedengaran.

Tolong.

Tolong katakan ini mimpi.

Pergi tanpa apa-apa alasan,

Itu sangat sakit.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now