107 : " CLOSER TO YOU "

683 84 7
                                    

HAMPIR 15 minit Izzue menghabiskan masa dengan berjoging di padang. Bersama fon telinga dan topi di kepala, dia tenggelam dengan ketenangan.

Itulah rutin seorang kapten bernama Izzue Ammar pada setiap pagi. Pertandingan yang hanya berbaki empat hari lagi itu membuatkan dia cuba untuk membina stamina setinggi yang mungkin.

Langkah Izzue menjadi semakin perlahan tatkala matanya melihat seorang atlit lelaki dari pasukan bola sepak dan seorang atlit wanita dari pasukan bola jaring memulakan larian joging mereka. Jelas keduanya kelihatan seperti sepasang kekasih.

Keduanya berjoging bersama gelak tawa dan senyuman bahagia, membuatkan Izzue hanya mampu untuk tersenyum kecil.

Izzue meneruskan larian perlahannya, bersama ingatan yang terbayang akan seseorang.

Seseorang yang sudah lama hilang dari khabarnya.

Entah bagaimana keadaanya sekarang.

Namun doaku,

Semoga kau baik-baik sahaja,

Dee.

*******

HAZIQ membetulkan rambutnya lalu mencapai beg silang belakangnya. Setelah yakin semuanya lengkap, Haziq terus melangkah keluar.

Namun badannya menjadi kaku apabila melihat seorang gadis sedang tenang menanam semula pokok-pokok bunga yang selama ini dibiarkan layu. Habis bersepah sudut hujung balkoninya dengan tanah bewarna coklat.

"Kau buat apa ni?" soal Haziq sedikit kuat sementelah jarak anatar mereka agak jauh.

Terhenjut bahu Haira dek terkejut dengan suara teguran itu. Haira pantas menoleh ke belakang.

Sempat kening Haziq terangkat sebelah apabila melihat wajah kuning langsat gadis itu yang sudah comot dengan warna coklat daripada tanah itu.

"Ukh? Awak dah bangun?" Haira bingkas bangun dari duduk bersilanya lalu menepuk-nepuk kedua tangannya, cuba untuk membuang debu-debu kotor.

Haira melangkah ke arah Haziq dengan senyuman, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka berdua.

"Awak nak pergi hospital ke?" soal Haira tenang bersama senyuman.

Dahi Haziq berkerut. Sejak bila pula minah kemetot ni tahu jadual harian aku?

"Apa kena mengena dengan kau kalau aku nak pergi sana pun?" balas Haziq dingin.

Haira mencebik. "Eh mestilah ada kena mengena,"

Kening Haziq terangkat lagi.

Haira senyum lebar. "Kejap eh," pinta Haira lantas berlari anak menuruni tujuh anak tangga itu. Tidak lama kemudian dia muncul bersama beg bekal.

"Nah," beg bekal itu dihulurkan pada Haziq.

"Mende ni?" makin pelik Haziq jadinya.

"Bekallah. Dalam ni ada dua bekal tau. Yang dekat bawah tu awak punya sarap, dan yang atas ni bekal untuk Lisa. Jangan salah pulak sebab yang Lisa punya ni saya buat khas untuk orang yang sakit," penuh bersungguh penjelasan Haira.

Dahi Haziq berkerut seketika sebelum tawa sinisnya muncul. "Untuk Lisa? Khas untuk orang yang sakit?"

Haira mengangguk polos. "Em,"

"Serius ah? Aku tak salah dengar ni?" Haziq menginginkan kepastian.

Haira terkebil. "Kenapa?"

"Tak. Aku cuma pelik. Sebab bukan dulu kau tak suka ke dengan budak Lisa tu? Ni sampai siap buat bekal untuk dia...apa benda yang dah rasuk kau ni?"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now