54 : " WHO AM I? "

810 92 2
                                    

IZZUE bermain-main dengan telefonnya. Dek kebosanan. aplikasi 'Whatsapp' disentuh. Entah apa yang merasuk diri, jarinya secara automatik terus menyentuh kumpulan perbualan bola keranjang dan mencari kenalan nama Haira. Dia memandang seketika nama itu sebelum menyentuh untuk membaca butiran kenalan Haira.

Status ; Need work.

Izzue menyembunyikan senyum. Workholic betul.

Izzue kemudiannya beralih pula pada gambar profil Haira.

Gambar tersebut dipandang lama. Kelihatan Haira sedang tersenyum comel bersama gaya 'peace'. Di kepala gadis itu pula tersarung cekak rambut yang mempunyai telinga Arnab.

Bunyi ketukan pintu membuatkan Izzue terus butang 'home'. Telefonnya terus diletakkan di atas perut lalu memandang pintu bilik.

"Izz, tak makan sayang?" sapa Sharifah lembut bersama senyuman.

"Mama dengan Papa nak makan ke?"

"Mama dengan Papa dah makan kat luar dah tadi. Marilah turun. Papa ada duduk-duduk kat bawah tu. Lama dah kita tak berborak sama kan?"

Izzue berfikir sejenak sebelum tersenyum kecil. "Kejap lagi Izz turun,"

"Iyalah. Mama turun dulu ya?"

Izzue mengangguk lalu memandang pintu yang sudah tertutup rapat. Surat yang diletakkan di meja sisi katil dipandang.

Rasanya, ini masa yang sesuai.

Izzue terus bangun dari baringnya dan mencapai surat tersebut. Langkah diatur keluar dari bilik.

Sampai sahaja di anak tangga terakhir, Izzue memandang Papanya yang sedang khusyuk menonton berita di televisyen. Mama pula sedang sibuk mencedokkan nasi untuknya.

"Izz, mari makan nak." suara Sharifah menarik perhatian Amir. Suaminya itu terus menoleh ke arah Izzue yang hanya memandang kosong ke arahnya.

Izzue pula melangkah ke meja makan dan melabuhkan punggung. Wajah Amir yang memandangnya tanpa senyuman tidak dibalas.

Sudah biasa.

"Cukup?" soal Sharifah sambil menunjukkan nasi yang dicedok ke pinggan.

Izzue mengangguk lantas menyambut pinggan tersebut. "Thanks, Ma."

Sharifah mengangguk lantas melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan anaknya.

"Lamanya Mama tak nampak muka anak Mama ni. Makin handsome! Dah ada girlfriend belum?"

"Uhuk! Uhuk! Ma..," Izzue memprotes.

Sharifah ketawa kecil. "Apanya? Betullah kan apa yang Mama tany ? Izz dah nak masuk 27 tahun dah, tapi masih tak ada girlfriend!"

Izzue tersenyum kecil seraya menggeleng perlahan. "Izz kan lelaki. Orang bukannya kisah kalau Izz kahwin lambat. Tak ada yang nak kecoh pun,"

"Memanglah diaorang tu tak kisah. But I AM YOUR MOTHER. Mama TERSANGATLAH kisah, ok?"

"Nanti-nantilah tu Ma..,"

"Ke.., Izz nak..," Sharifah sudah tersenyum.

Izzue memandang pelik Mamanya.

"..Mama carikan calon?"

Izzue mengeluh perlahan. "Ma..,"

"Apanya, Izz? Mama buat benda yang betul kan? Yang baik. Lagipun, rumah ni sunyi sangat. Mama teringinlah juga nak dengar suara budak-budak..,"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now