86 : " SOMEONE'S EAR "

626 82 9
                                    

"KAU yakin ke kau boleh balik sorang-sorang ni?" soal Haziq dengan kening terangkat sebelah. Tahap kepercayaannya untuk melepaskan Haira pulang seorang diri adalah 0.01 peratus.

Haira mengeluh perlahan seraya menjeling ke langit. Sudahlah hari ini dia tiada mood, lepas tu kena hadap pula soal jawab mamat samseng ni.

"Yang awak nak risau sangat ni kenapa? Jarak library ni dengan rumah kita tu bukannya jauh pun, dua minit dah sampai apa?"

Haziq tertawa kecil.

Haira pelik. Hah dah kenapa pulak ni? Mental?

"Apa gelak-gelak?" soal Haira bengang.

"Dah kau cakap benda merepek ya aku gelak toh," balas Haziq selamba.

Dahi Haira berkerut. "Merepek apanya?"

"Rumah kita," sebut Haziq selamba.

Membulat besar mata Haira buat sesaat. Alah mulut!

"Eh bukan itulah maksud saya!" nafi Haira dengan wajah sedikit merah.

"Maksud apanya? Betullah kan? Rumah kita kan tu? Kat tingkat dua rumah kau, tingkat tiga rumah aku. So basically that is our house, kan?" kata Haziq bersama senyuman. Sengaja dia mahu mengusik si minah kemetot yang gelabah ini.

Haira kaku. Ok. Krik kruk untuk satu saat lagi. Overthinking kau Haira memang boleh pusing satu dunia.

"Haa..apa-apa jelah! Saya nak balik dulu, awak tu sambil-sambil kerja try lah belajar sendiri, baca mana yang patut, mana yang awak lemah. Manfaatkan masa awak kat sini," sempat lagi Haira memberikan 'ceramah' sebelum bersiap sedia untuk melangkah keluar.

Haziq mencebik. "Manfaatkan masa awak kat sini.." Haziq mengajuk Haira dengan perlahan sambil memandang gadis itu menolak pintu kaca tersebut.

Haira pandang Haziq sebelum menutup pintu, "Bye, jumpa kat rumah,"

Haziq angguk. Namun ketika pintu itu dilepaskan Haira, Haziq terus menghalang pintu tersebut dari tertutup.

"Haira, kejap,"

Haira menoleh.

Haziq menggumam mulutnya sebelum memandang wajah tenang Haira. Hidung gadis itu masih bewarna sedikit merah, dan Haziq tahu gadis itu pasti sedikit terguris dengan pertanyaan tentang perpisahan tadi.

"Aku minta maaf,"

"For?" soal Haira tenang.

Haziq menunduk sambil menolak pipi dalamnya dengan lidah. "Sebab tanya soalan yang tak sepatutnya,"

Haira diam.

"Boleh saya tanya awak sesuatu?" soalan Haira membuatkan Haziq terus mengangkat wajahnya.

"Awak ada sembunyikan apa-apa ke dari saya?" lanjut Haira bersama pandangan tepat ke arah anak mata Haziq.

"Kau pulak macam mana?" soalan Haira dibalas dengan soalan juga. Cuma pandangannya agak serius.

Haira mengerutkan dahi. "Maksud awak?"

"Aku tahu kau jumpa siapa tadi," beritahu Haziq tenang.

Haira tersentak. Dia dah tahu? Jadi sebab itu ke Haziq hanya senyap dan tidak bertanyakan apa-apa sewaktu dia pulang dari berjumpa dengan Dianne?

"Ada apa-apa yang kau dah 'deal' dengan dia pasal Izzue ke?" soal Haziq lagi.

Haira diam. Dia hilang kata. Akhirnya dia melarikan pandangannya ke bawah.

"Hey," panggil Haziq.

Haira angkat muka. Terpana dia melihat Haziq yang senyum kecil.

"Hari ni last day parents kau kat sini kan?" Haziq tiba-tiba mengalihkan topik.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now