88 : " BEAUTIFUL SMILE "

639 84 14
                                    

BAS yang dinaiki Haira sekeluarga berhenti di perkarangan dataran. Sudah pastinya, Harraz adalah orang pertama yang bangun dari terus berlari keluar dari bas itu. Haira dan Hanisah hanya menggeleng melihat telatah Harraz.

Perangai macam monyet baru keluar hutan.

Haziq dan Kamarul yang duduk bersebelahan bangun bersama lalu memulakan langkah keluar dari bas. Langkah mereka kemudiannya diikuti Hanisah dan Haira.

"Kita nak pergi mana satu ni Ziq? Dataran nampak macam meriah, Fun Fair tu pulak macam seronok juga. Haih, pening pulak kepala mak cik ni," seloroh Hanisah sambil mereka mengatur langkah di kaki lima.

Tersembur tawa kecil tiga manusia yang berjalan bersama Hanisah.

"Kita pergi Fun Fair jelah mak cik. Tengok tu haa Harraz tu, dia punya teruja kalah budak 5 tahun," Haziq memuncungkan mulutnya ke arah Harraz yang sudah jauh di hadapan.

"Dia tu memang, pantang jumpa tempat-tempat macam ni, haa gitulah dia jadinya. Padahal dah selalu pergi pun tetap teruja lebih,"

Haira angguk setuju. Haa betullah tu mak. Setuju, setuju sangat-sangat.

Mereka berempat kemudiannya mengatur langkah memasuki kawasan Fun Fair. Dek kerana tertarik dengan permainan-permainan klasik lama yang sudah lama tidak dimain kedua orang tua Haira, maka Kamarul dan Hanisah memutuskan untuk pergi ke permainan-permainan klasik itu manakala Harraz Haziq dan Haira pula memilih permainan yang lebih kepada 'jiwa muda'.

"Bang, kak, jom main kuda pusing-pusing tu nak? Macam best je?" ajak Harraz teruja.

Haziq ketawa kecil. "Geez, best kau kata? Eh itu permainan sesuai untuk perempuan tahu tak?"

Haira pandang Haziq.

Haziq telan air liur lalu berdeham. "Ehem, haa korang pergilah main. Aku nak ke sana jap," pamit Haziq lalu mengatur langkah ke khemah yang menyediakan permainan menembak.

Harraz mencebik. "Tak nak main sudah. Jom, kak!" ajak Harraz lalu memulakan langkah. Hanya Haira yang masih berdiri tegak sambil memandang langkah Haziq yang semakin menjauh.

"Kenapa dengan dia?" soal Haira perlahan.

Sejak mereka di dalam bas lagi Haziq kelihatan seperti mahu mengelak darinya. Bahkan sepatah kata pun tidak keluar dari mulutnya. Lelaki itu hanya berbual dengan Kamarul dan Hanisah namun tidak dirinya.

"Aku ada something nak beritahu kau,"

Haira mengeluh perlahan.

Haziq mengelak sebab itu ke?

Harap ianya perkara yang baik-baik.

Ah hati, debar lagi.

"Akak! Cepatlah!" jeritan Harraz menarik perhatian Haira.

Gadis itu sedikit tersentak sebelum menjeling ke langit.

Alah si adiknya yang sengal ni. Baling kasut baru tahu.

"Yelah, akak datang ni!" balas Haira.

*******

PANG!

Tembakkannya tepat mengenai sasaran.

Haziq menurunkan senapang lalu menghembus nafas. Masuk kali ini sudah lebih lima kali dia berbuat sedemikian. Selain dari hembusan nafas itu, pemilik permainan menembak itu juga tergamam dengan kesemua percubaan Haziq yang tepat mengenai sasaran.

"So...sorry kalau nampak saya ni macam menyibuk," sampuk pemilik kedai bersama sengihan.

Haziq menoleh dengan mata terkebil. "Yeah?"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now