55 : " STAY CLOSE "

920 96 4
                                    

HAMPIR lima belas minit masa diambil Haira untuk ke Dataran Gemilang  dengan berjalan kaki. Cuaca malam yang sejuk membuatkan kedua tangannya diseluk ke dalam kocek jaket hoodie. Haira sangat suka dengan jaket hoodie itu memandangkan ianya longgar dan ringkas. Selesa bagi dirinya yang tidak pandai berhias.

Sebenarnya, dia ingin mengajak Haziq lepak bersama. Sekali dengan tanda maafnya kerana terlupa ke library petang tadi. Namun, memikirkan lelaki itu barangkali letih dan memerlukan rehat, maka dibatalkan sahaja niatnya itu.

Harraz? Oh, itu tidak usahlah diajak. Daripada si Labi Harraz itu menipiskan poket Haira yang semakin sendu ni, lebih baik dia pi jalan sendiri!

Dengan hanya mengenakan seluar sukan, kakinya terus melangkah ke Dataran Gemilang yang penuh dengan gerai-gerai makanan ataupun Ekspo. Tersenyum sendiri dia melihat kemeriahan pengujung-pengunjung di Dataran tersebut. Ada yang bergambar bersama keluarga dan ada yang melepak bersama rakan-rakan.

Temu janji? Oh, itu melambak. Mari kita 'butakan' mata.

Apa-apa pun, makanan adalah penting! Haira ingin mencari snek makanan dahulu sebelum sambung mengambil angin malam.

Walaupun, alone!


*******


HAZIQ berjalan bersama hoverboard yang disewa. Kedua tangan diseluk ke dalam kocek jaket denim biru, sambil mata memandang kawasan sekeliling yang dipenuhi dengan pengunjung-pengunjung.

Jam di tangan ditilik. Hanya berbaki setengah jam sebelum jam menunjukkan angma 12 malam.

Haziq kini melalui jambatan yang penuh dengan lampu bewarna-warni. Hoverboard yang dinaikinya bergerak tenang melepasi beberapa orang yang berpampasan dengannya. Sehinggalah dia melepasi seorang gadis bertubuh genit dan..,

Haziq yang masih memandang hadapan terus memberhentikan hoverboardnya. Dahinya berkerut.

Kejap.

Haziq menoleh ke belakang lalu dengan selamba hoverboardnya mengundur dengan bersahaja ke belakang dengan pandangan tepat memandang gadis bertubuh genit tadi. ( like move backwards ).

"Ukh?" tanpa sedar, jari telunjuk Haziq sudah terarah tepat ke wajah Haira.

Haira yang sedang mendengar lagu di fon telinga terkejut dengan kehadiran Haziq. Matanya membulat besar sebelum dia mencabut fon telinganya.

"Haziq!"

"Geez." tersembur juga tawa kecil Haziq melihat reaksi terkejut Haira yang boleh dikatakan agak 'slow' itu. Namun jauh di sudut hati, timbul rasa suka mendengar namanya disebut Haira.

"Jap, kenapa kau ni selalu muncul kat mana-mana hah?" soal Haziq dengan kening terangkat sebelah.

"Mana ada saya muncul kat mana-mana. Saya memang selalu pergi sini setiap malam Sabtu."

"Oh ya eh?"

Haira mengangkat kening.

"Ah, tapi tetap juga kau tak boleh keluar malam ni." Haziq menukar topik.

Haira terpinga. "Asal pula?"

"Kan nanti esok kau kena buat persiapan untuk hari sukan tahunan kolej kau tu. Jadi sekarang ni kau sepatutnya tengah berehat kat rumah."

Haira terkebil.

"Mana awak tahu lusa ni ada sukan tahunan?"

"Aku tahulah. Aku kan hebat. Jadi aku boleh baca apa yang ada kat kepala otak kau tu. Tengok muka kau pun aku boleh tahulah. Ni haa. Ni mesti muka tengah stres pasal hari sukan tu kan?" jari diangkat tepat ke arah wajah Haira.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now