51 : " GAME "

797 84 1
                                    

DI sebalik deretan rak di kiri dan kanan, Haziq menolak troli yang penuh dengan buku. Rak yang menempatkan novel-novel melayu dicari sambil bersiul perlahan.

Tolakan troli dihentikan tatkala tiba di rak yang dituju. Tiga buah novel tebal dicapai lalu disusun kemas di rak.

Saat tangan mencapai novel keempat, matanya membaca sinopsis yang ada di belakang kulit novel.

"Tengku Danish Amar dan Ariana Airen Natasha Edzerina.., Geez!" tawa sinisnya muncul.

"Apekebenda nama sampai menyembur-nyembur air liur nak menyebutnya ni? Yang lelaki nak ber-TENGKU bagai. Tak sedo keturunan tu jawa je! Tsk, tsk. Pelik betullah aku dengan perempuan yang minat novel ni.."

(No offense! Author sendiri minat novel)

Jam tangan ditilik. Pukul dua petang. Namun, kelibat Haira masih belum kelihatan.

"Haih.., Minah Kemetot ni kata rest pukul 1.30.., Tapi, sampai sekarang tak muncul-muncul. Nak kata jauh, library-nya depan kolej je ni ha."

Selesai menyusun semua buku, troli kembali ditolak dan diletak di tempat asal. Rak yang menempatkan majalah pemain piano kesukaannya, Daniel Redkovish dipandang lama.


"You supposed to be there."


Kata-kata Haira yang terngiang di fikiran, membuatkan langkah diatur merapati rak itu. Tangan naik ingin mencapai majalah tersebut, namun kembali diturunkan bersama gelengan.

"Merepek jelah." Haziq terus beralih ke rak yang menempatkan buku-buku rujukan SPM.

Sudahnya, tangannya kembali naik.

Naik mengaru kepala yang kebingungan.

"Buku mana satu aku nak ambil ni? Dahlah masa sekolah dulu kerja aku membuta je. Satu haram jadah aku tak ingat."

Setelah hampir lima minit 'berperang' dengan kemampuan otak sendiri, akhirnya segala buku rujukan bagi setiap matapelajaran diambil.

Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Muzik.

Cun!

Rata-rata pengunjung di perpustakaan mini tersebut memandang pelik bila Haziq dengan selamba, meletakkan sembilan buah buku rujukan yang super tebal di atas meja.

Sengaja dia memilih meja yang terletak di hujung sudut, bersebelahan dengan dinding kaca yang jelas menampakkan permandangan luar.

Jam tangan sekali lagi ditilik. Kerusi pula diketuk-ketuk, lagak memikir sesuatu. Telefon kemudiannya dikeluarkan.

Tersengih Haziq daat membaca nama yang disimpan untuk nombor telefon Haira.



'Minah Kemetot'.



"Nak call ke nak mesej, eh?" mulut dimuncung.

"Ah, call jelah. Mesej pun bukannya dia baca sekarang."

"Chaaa..," telefon didekatkan di telinga. Jarit telunjuk kembali diketuk-ketuk pada kerusi, lagak mengira detik gadis itu untuk menjawab panggilannya.

Panggilan pantas dimatikan tatkala suara operator menyapa telinga.

"Lain aku tunggu, lain pulak yang menjawab? Haih.., pehal pulak minah ni tak jawab call, ek?" kepala terus dijengah ke dinding kaca, melihat orang ramai yang tidak putus-putus keluar dan masuk dari kolej sukan itu.

Keluhan perlahan dilepaskan. Putus harapan mahu menunggu kedatangan si gadis kemetot. Terus sahaja punggungnya dilabuhkan.

"Tak apalah. Aku rasa, lagi baik kalau aku study sendiri dulu. Manalah tahu, kot-kot Minah Kemetot tu nak buat 'kuiz maut' ke, at least aku dah prepare."

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now