22 : " HIS COLD SIDE "

1.2K 103 0
                                    

"KAU nak pergi mana?" Afiq melihat Izzue yang sedang menyarungkan jaket hoodie.

"Keluar,"

"Mana? Nak makan ke? Kalau nak makan, aku nak ikut!"

"Tak lah. Aku nak minum kopi je," tingkah Izzue tenang, sambil tangan membetulkan rambut.

Serta merta wajah Afiq bertukar cemberut. Dasar member!

"Tiba-tiba je nak layan coffee ni?"

"Saja. Aku dengar Kafe Santai kat taman yang tak jauh dari KSJ ni kopinya sedap-sedap. Aku ingat nak try. Kau nak kirim ke?"

Afiq menggeleng. "Tak nak ah. Takut aku jadi Ju-On pulak tak boleh tidur."

Izzue senyum kecil. Ada sahaja perangai teman sebiliknya itu.

"Dah ah, aku chaw,"  pamit Izzue sambil tangan mencapai beg dompet.

"Balik sebelum pukul 11! Aku tak nak tolong kalau Ketua Asrama cari kau!"

"I know-lah." balas Izzue lalu melangkah keluar.

Langkah diatur menuruni anak tangga sementelah bilik mereka berada di tingkat atas. Dapat dilihat betapa riuhnya keadaan di ruang rehat, dipenuhi dengan penuntut lelaki berbagai kaum.

Ada yang berbual secara berkumpulan, membaca, menonton televisyen dan ada juga yang sedang menjamu makanan di dapur. Senyuman kecil terbit di bibir Izzue, memikirkan suasana mereka yang sedang menikmati 'zaman bujang' di KSj.

"Yo Izz! Nak pergi mana?" tegur salah seorang dari kumpulan tersebut.

"Ambil angin," tenang Izzue menjawab.

Asrama mereka memang besar dan dipenuhi dengan pelbagai kemudahan. Tapi, sudah lima tahun menghadap benda yang sama. Pasti naik bosan. Sebab itulah dia kini berada di luar KSJ. Ingin mengambil angin di kawasan sekitar.

Nafas dihela. Tenang seketika saat angin dingin malam menyapa tubuh. Kepala ditutup dengan hoodie dan kedua tangan dimasukkan ke kocek. Padanan hoodie tersebut dipasangkan dengan seluar pendek paras lutut dan sepasang kasut sukan Nike.

Langkah dihentikan di hadapan taman riadah yang diihiasi dengan pelbagai jenis pohon menghijau dan bunga bewarna-warni. Terdapat beberapa orang berpakaian sepertinya turut melepak di taman itu.

Namun mereka yang menghentikan langkah Izzue. Sebaliknya, kelibat seorang gadis tinggi lampai yang sedang duduk termenung di bangku. Pandangan gadis itu jelas kosong dihala ke kolam ikan di hadapannya.

Nafas dihela perlahan. Entah apa yang sedang dimenungkan si gadis itu, pemilik sapu tangan yang telah hilang.

Izzue pantas menyembunyikan diri apabila Dianne bangun dari bangku. Setelah yakin gadis itu sudah hilang dari pandangan, Izzue keluar dari tempat penyembunyian.

"Aku harap kau ok, Dee."

* * * * *

"TERIMA kasih Miss, sila datang lagi," ucap Haira sopan, bersama senyuman setelah menghulurkan bungkusan cawan kopi kepada pelanggan.

"Haih.,"

Hampir setengah jam masuk kerja, dan setengah jam itulah kaki kekal berdiri. Tangan dan kaki langsung tidak berhenti bergerak. Pelanggan sungguh ramai malam ini.

Terlalu letih, badan mahu berehat sementelah pelanggan mula berkurang. Lantas, punggung dilabuhkan di kerusi. Mata dihala ke hadapan, menganalisis setiap tingkah pelanggan yang bermacam ragam.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now