PROLOG

112K 3.8K 491
                                    

Segala perkara yang terdapat di dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Jika buruk jangan diikutkan dan jika baik boleh diambil pengajaran.
________

Bunyi instrumental klasik masuk ke gegendang telinga. Para tetamu ramah bercakap sesama sendiri dalam kelompok golongan bangsawan. Ada yang baru berkenalan ada yang sedang bertanya khabar ada juga yang menikmati juadah.

Seorang gadis kelihatan elegan dengan burgundy round dress pada tubuh langsingnya sedang menarik wajah bosan sambil dia duduk sendirian memerhati. Melihat pelayan berjalan membawa dulang air dia berdiri seraya menuju ke arah pelayan itu.

"Apple Soda please." Pinta si gadis saat anak matanya menangkap segelas air soda epal berada di dalam dulang dibawa pelayan itu.

Segelas minuman dihulur buat segaris senyuman manis terlakar di bibir munggil itu.

"Thank you."Ujarnya seraya berpaling dan saat itu juga anak matanya menangkap seorang gadis tak kekok beramah dengan teman-teman ibu bapa mereka. Safiya, tak dia nafikan Safiya adiknya lebih arif mengambil hati dan berbicara berbanding dirinya.

"Safa! Sini." Mendengar namanya dipanggil, si gadis tarik senyum lantas melangkah ke arah Datin Khadija, mamanya.

"Ya, mama?" Safa menghampiri lantas menghulur senyum pada pasangan suami isteri yang berbual dengan Safiya, adiknya sebentar tadi. Kedua mereka kelihatan pegun memandangnya.

"Kenalkan ini Datin Syamimi dan Dato' Raihan. Inilah dia CEO AZ. Safa kenal kan?" terang Dato' Azham kepada anak sulongnya.

Safa kelihatan terkesima untuk seketika lantas menekup mulut dengan tapak tangan.

"Sorry, Dato', Datin! Saya tak perasan. Selama ni saya cuma kenal Encik Thaqif. I was quite surprised to find out yang Thaqif has a handsome dad and a beautiful mom like you two." Laju sahaja Safa memainkan peranannya.

Menjaga imej papa dan mama di hadapan tetamu dengan mulut manisnya. Agak kekok, tapi dia sudah melatih diri sendiri.

"No wonder lah Encik Thaqif handsome orangnya." Ayat terakhir Safa buat orang-orang di situ terdiam. Safa gigit bibir. Ah Safa! Kan dah cakap kau memang tak reti bergaul!

"Baguslah kamu dah kenal dengan Thaqif. Kamu pun cantik orangnya, Safa."

Ada tawa dihujung kata Datin Syamimi buat Safa tarik nafas lega. Bukan niatnya mahu memuji lelaki itu, dia cuma dalam peranan menjaga nama baik ibu dan ayahnya di mata orang-orang itu.

"Terima kasih, datin."

"Alahai Safa, panggil Aunty je. Tak payah nak berdatin sangat. Kita-kita je ni." Datin Syamimi kelihatan mudah untuk diambil hatinya.

Safa senyum lantas mengangguk kepalanya.

"Baik, Aunty.."

"Mama Papa.." Seseorang baru tiba buat mata-mata keluarga Safa menoleh memandang gerangan segak berkot hitam menghampiri orang tuanya.

Thaqif hulur senyum manis buat mata-mata tetamu di majlis ulangtahun perkahwinan Mama dan Papa Safa terpaku. Ada bisikan-bisikan kagum memandang jejaka segak itu.

"Maaf Thaqif lambat. Ada urusan dekat office tadi." Sopan bicara lelaki itu mampu buat hati-hati pendengar mula mencair. Ditambah ketampanam yang boleh membuat si mata gadis-gadis melekat tanpa gam!

"Tak apa Thaqif mama faham." Tangan Datin Syamimi naik mengusap bahu anaknya.

"Aunty Uncle. Selamat ulang tahun perkahwinan." Ringkas ucapan Thaqif diiringi dengan sejambak bunga dihulur buat Datin Khadija.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now