32

50.2K 3K 439
                                    

"Ya, dia pernah mengandungkan anak Thaqif. Kami pernah bersama.." mendatar suara Thaqif membalas persoalan lelaki tua itu. Tan Sri Anuar kelihatan melepas keluhan berat. Seperti yang dia jangka, Thaqif tidak menipu dan mengaku segala kesilapannya.

Tapi kenapa sekarang? Setelah bertahun-tahun, kenapa sekarang baru perempuan itu munculkan diri meminya tanggungjawab.

"Atuk nak kamu bertanggungjawab Thaqif." Wajah Thaqif tetap tenang tidak beriak, sepertinya dia sudah dapat mengagak semuanya. Cepat atau lambat perkara ini pasti akan berlaku sejak hari pertama dia bertemu dengan Najla setelah sekian lama.

"Macam mana? Kahwin dengan Najla?" Seperti seorang patuu arahan si ketua, Thaqif seperti akur untuk menerima apa sahaja permintaan Atuknya. Matanya nampak sedikit lelah, penat untuk waktu-waktu yang akan datang.

"Tak perlu berkahwin. Tanggungjawab kamu sekarang bukan pada Najla, tapi pada Safa. Terus terang pada Safa.."

"No!" Laju Thaqif memintas sedikit terkejut dengan cadangan Atuknya.

"No, apapun Thaqif sanggup buat tapi bukan pada Safa. Thaqif tengah berusaha untuk jadikan Safa milik Thaqif, Atuk. Lagipun Safa tengah pregnant. Tak.. tak akan." Membayangkan sahaja sudah cukup sakit inikan mahu menceritakan segalanya.

Dia Thaqif! Dia lelaki nekad! Kalau dulu dia sanggup lakukan apapun untuk kedudukan dan pengaruh dalam Syarikat. Tapi sekarang tujuannya hanya Safa. Memastikan Safa terus berada di sisinya. Dan demi itu, dia sanggup lakukan apapun agar Safa terus bahagia berada di sisinya.

Tempat sempurnanya hanya Safa. Tak mungkin dia sanggup rosakkan kepercayaan yang Safa beri pada dia.

"Apapun, tapi jangan libatkan Safa. Apapun, Thaqif sanggup lepas segalanya, asalkan Safa tak terkait dengan masa lalu Thaqif." Tan Sri Anuar sedikit kelu melihat Thaqif bersungguh-sungguh dihadapannya. Kini barulah dia sedar, dulu cucunya yang kelihatan sempurna dari segala aspek itu akhirnya mempunyai kelemahan juga.

"Dia isteri kamu Thaqif, cepat atau lambat, dia akan tahu. Tapi nasihat Atuk, sebelum dia tahu dari mulut orang lain. Sebaiknya,, kamu sendiri yang sampaikan."

"Mulut orang lain berbeza-beza. Cerita orang lain juga boleh jadi berbeza.. Kamu faham?" Tan Sri Anuar bangun melempar pandangan keluar tingkap bilik tetamu. Sempat dia menjeling Thaqif kelihatan kaku di tempat duduknya.

Mungkin masih memikirkan kemungkinan akan berlaku jika Safa tahu semuanya.

"Jadi bagaimana dengan Najla? Kamu nak dia tanggung sendiri derita yang dicipta kamu dulu?" Tan Sri Anuar kembali menyoal.

"Thaqif tak tahu.. Kenapa dia baru muncul sekarang? Apa yang dia nak sebenarnya?" Penuh sebal suara Thaqif kedengaran. Kalau dulu mungkin dia akan rasa lega jika Najla muncul kembali, tapi sekarang. Rasa marah, sakit dan kecewa kembali bertandang. Sama seperti saat itu.

Saat gadis itu pergi meninggalkan dia penuh kesakitan. Sakitnya dia waktu itu sama seperti sakitnya Safa dituduh membunuh sahabat sendiri.

_________

Safa capai paip air menyiram pokok-pokok suaminya. Sejak dia mengalami alahan teruk rasanya pokok-pokok Thaqif memang tak cukup kasih sayang. Apa taknya, Si tuannya balik-balik terus cari bini. Biasanya dulu Thaqif balik kerja memang wajib pergi capai paip siram pokok dia. Tak pun lepas solat Asar akan terus ke taman tengok-tengokkan pokok dia.

Tapi sekarang, mungkin kerana terlalu fokus pada Safa, sampai pokok sendiri terabai.

Bunyi gelak tawa di rumah sebelah buat Safa jenguk kepala melihat keluarga Syaqil dan Indah bersama anak mereka tertawa keluar dari perut kereta. Entah apalah yang dibualkan mereka. Bibir Safa turut melorek senyum,

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now