24

60K 3.3K 423
                                    

"Encik Thaqif, maaf ganggu." Hasrul di muka pintu kelihatan serba salah untuk masuk ke ruang pejabat majikannya.

"Oh Hasrul, masuk. Saya memang nak jumpa awak." Lihat sahaja pekerja kesayangannya, Thaqif segera mengemas dokumen di atas meja.

Hasrul kelihatan menghela nafas berat lantas melabuhkan punggung di hadapan Thaqif.

"So how?" Thaqif jungkit sebelah kening.

"Semuanya masih tak accurate tapi,, tangan terakhir yang sentuh dokumen mengenai bahan construction adalah Puan Safa.." Ujar Hasrul serba salah.

"Tak mungkin." Thaqif merengus lantas mencapai dokumen dipegang Hasrul. Dokumen itu dibuka kasar lalu isi didalamnya ditarik keluar.

Matanya membesar memandang senarai perjalanan dokumen penting itu beredar daripada syarikatnya lalu berpindah ke tangan Safa sebelum diserah untuk diluluskan. Jadi kemungkinan besar orang yang menukar segala bahan binaan yang ditetapkan di dalam dokumen itu adalah Safa sendiri!

"Awak tak tipu saya Hasrul?" Tajam mata Thaqif merenung pekerjannya

"Tak Encik Thaqif. Saya dah lama kerja dengan Encik Thaqif tak mungkin saya nak rosakkan kepercayaan Encik Thaqif dengan menuduh Puan Safa. Tapi ini apa yang saya dapat buat masa ini.."

Thaqif hempas dokumen di atas meja sebelum dia bersandar. Tangan naik melonggarkan tali leher.

Safa tak mungkin lakukan semua itu.

"Safa pernah membunuh dan dibuli seseorang.."

"Aku cuma cerita dari sudut pandang aku, Safa mungkin ada kesalahan masa lampau dia.."

"Mahkamah tutup kes buli tu."

Thaqif tersentak dan segera meraup wajahnya. Bawa mengucap Thaqif! Macam mana dia boleh fikir perkara buruk terhadap isteri sendiri! Dalam banyak-banyak kebaikan kenapa mesti perkara itu bermain dalam fikirannya.

"Encik Thaqif okay?" gusar Hasrul menyoal.

"Awak yakin perkara ni tak ada kaitan dengan Azrul?" soal Thaqif sekali lagi.

"Yakin Encik Thaqif. Encik Azrul tak ada kaitan dengan perkara ni." Yakin Hasrul membalas buat Thaqif sekali lagi menghela nafas berat lantas bangun bercekak pinggang memandang keluar tingkap bilik.

"Teruskan siasatan.."

"Maaf Encik Thaqif, saya tak boleh sesuka hati untuk menyelongkar maklumat di syarikat Puan Safa. Perkara ni mungkin akan burukkan kita nanti.." ada betulnya juga, tak semestinya Safa yang lakukan semua itu. Masih ada orang-orang dipihak Safa yang berkemungkinan ingin menjatuhkan mereka.

"Okay, saya akan maklumkan apa-apa pada awak kemudian. Awak boleh keluar. Terima kasih."

"Baik Encik Thaqif."

Ktak! Bunyi pintu pejabar dikatup buat Thaqif berpaling dan kembali melangkah ke arah meja kerjanya. Laci meja ditarik sebelum dia keluarkan satu sampul surat, isi di dalamnya dibuka.

Sejarah Penyata Kos Rawatan Pesakit Mental. 11 tahun yang lepas. Tahun yang sama kematian kawan Safa yang dituduh dibunuh oleh Safa.

________

Bunyi derap langkah menghampiri buat Safa yang sedang mengacau lauk masakan tersenyum.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now