34

52.1K 3.4K 486
                                    

Pagi yang kosong, sekosong hati yang sudah kurang rasanya lagi. Lingkaran tangan Thaqif di pinggang tidak lagi menghangatkan.

Rimas.

Jujur dia rimas. Entah kenapa setiap sentuhan lelaki itu rasa begitu menjijikan. Dia tidak tahu sejak bila tapi sikit demi sikit perasaannya mula terhakis. Kini dia sudah tidak sabar menunggu detik itu.

Detik Saqif dilahirkan dan perjanjian dia dan Thaqif juga terlerai. Biarlah dulu angan impian mahu membina keluarga bersama lelaki itu cukup sekadar angan tidak kesampaian. Dia tiada rasa mahu hidup bersama lelaki itu lagi.

Tubuh yang tadi berbaring membelakangi Thaqif perlahan-lahan bangkit tapi terhalang dek tangan Thaqif keras memeluk pinggang dan sebelah lagi tangan Thaqif bergerak menyentuh kepala isterinya.

"Safa.." lemah suara Thaqif menyeru.

Diam tiada sahutan.

"Safa..." Thaqif turut bangun dan akhirnya melingkar tangan di bahu Safa dari belakang. Saat hatinya bergelodak berlawan dengan rasa sendiri. Saat ini dia cuma perlukan Safa. Tidak lebih, hanya Safa..

"Maafkan aku.."

"Kenapa kau perlu minta maaf? Kau tak buat salah Thaqif." Safa kawal tona suara. Mata tidak beriak memandang kehadapan.

"Aku duakan kau.." Thaqif sembam wajah di bahu isterinya. Bau Safa buat dia hilang arah setiap kali berada dekat dengan wanita itu. Bau yang tak ingin dia lenyapkan sampai bila-bila pun.

"Diantara kita tiada istilah diduakan. Kita kahwin kerana Saqif, kita kahwin kerana business. Kau lupa Thaqif?" Nada tak berperasaan Safa buat Thaqif kelu. Bukan ini respon yang dia inginkan.

Tolong Safa, marahlah dia. Lontarkan kemarahan biar dia boleh jelaskan semuanya. Biar dia tahu apa yang ada ada di kepala isterinya sekarang.

"Safa.. aku tak akan pernah penat ulang benda ni. Aku tak akan ceraikan kau."

"Habis kau simpan aku buat apa Thaqif?!!" Safa tiba-tiba berdiri menengking buat Thaqif sedikit terkejut.

"Sebab aku sayang kau.." Suara Thaqif masih lembut membalas.

"Sayang?" Safa menyoal sinis. Ada tawa juga terselit dihujung pertanyaan.

"Bullshit!" Rambut diraup kebelakang. Sumpah dia mula rasa muak dengan luahan lelaki itu.

Thaqif! Dia kenal lelaki licik itu. Cukup kenal! Kalau lelaki itu sanggup berkahwin dan hidup bermesra dengannya selama ini berpaksikan lakonan. Tak mustahil lelaki itu juga sanggup berlakon dihadapannya sekarang untuk kepentingan sendiri.

"Aku tak kira, lepas aku lahirkan Saqif! Kau kena pegang janji kau Thaqif. Aku nak kita bercerai! Urusan kita dah selesai." Mencerlung mata Safa memandang ke dalam mata suaminya.

"Safa please.."

"Stop pergunakan aku Thaqif! Aku bukan patung peribadi kau lagi! Aku pun nak cari kebahagiaan aku sendiri. Ini semua tak adil untuk aku.."

"Safa look.." Thaqif tarik nafas lantas berdiri bertentang isterinya. Kali ini dia nekad, dia betul-betul kena yakinkan Safa. Cintanya selama ini bukan sekadar lakonan.

"Aku betul-betul cintakan.."

Pang!!

Belum habis Thaqif habiskan ayat, satu tamparan sudah hinggap dipipinya. Kini dia terdiam dengan wajah sedikit terteleng. Pipi yang pedih tak sama dengan sakit dalam dirinya sekarang.

"What the full of shit you talking about?! Kau luahkan perasaan pada aku dan baru semalam Thaqif! Baru semalam kau kahwin dengan perempuan lain! Kau ni lelaki jenis apa?!" Bergema ruang itu dengan tengkingan Safa. Akhirnya terkeluar segala amarah mahu dihambur. Hatinya sakit melihat wajah tak bersalah lelaki itu meluahkan cinta setelah apa yang berlaku.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now