42

55.5K 3.5K 115
                                    

*uwerkk~* *uwerkk*

"Ya Saqif, sabar.. Kenapa kurang sabar dah sekarang?" Thaqif tuang sedikit susu ke atas tapak tangan memastikan suhu susu sesuai untuk masuk ke dalam mulut anak kecilnya.

"Dah-dah, stop cry Saqif. Tak macho tahu?" Thaqif dukung Saqif ditepuk-tepuk sedikit belakang anak itu lalu dibawa ke dada.

"Bismillah.." Dia menyuap susu badan Safa yang sudah dipanaskan itu ke dalam mulut Saqif. Tak lama tangisan anak itu kembali diam.

Pagi Thaqif sejak 3 bulan sejak dia tinggal sendiri di Singapore beginilah. Sebelum dia bangun, Saqif dulu yang terlebih dahulu bangun. Jarang anak kecil itu sopan, selalunya akan menangis mencari susu takpun menangis mahu dipegang papanya. Memandangkan Saqif lahir tidak cukup bulan, terkadang kesihatan bayi itu tak seperti bayi yang lain.

Thaqif perlu bawa anaknya untuk pemeriksaan doktor sekali seminggu memastikan perkembangan otak dan badan Saqif berkembang baik. Ada juga Saqif demam, dan terpaksa ditahan dihospital.

Waktu-waktu itulah, Thaqif sedar sukarnya hidup sebagai orang tua. Kalau dulu dia boleh melangkah ringan tanpa fikirkan apapun. Tapi sekarang, seorang Saqif pun cukup buat setiap langkahnya rasa resah.

Bukan dia menganggap Saqif sebagai beban, cuma sekarang perasaan gusar seorang orang tua buat dia faham. Bagaimana sanggup seorang ibu bertaruh separuh nyawa melahirkan seorang zuriat dan bagaimana seorang ayah sanggup membanting tulang dan kadang ada yang sanggup melakukan kerja apapun sekadar mahu menyediakan kehidupan terbaik untuk anak-anaknya.

"Saqif, jangan gelojoh!" Jari kelingking Thaqif mencuit pipi tembam anaknya sambil dia kemas memegang botol susu. Makin hari, pipi anak itu makin tembam, cukup buat dia rasa lega. Mujurlah stok susu badan Safa lebih dari cukup untuk dia beri pada Saqif. Dan sepanjang tiga bulan itulah Safiya banyak membantu dia.

Sementara pekerjanya ulang alik ke Malaysia, sementara itu mereka akan singgah mengambil susu dari Safa, terkadang pembantu Safiya yang membantu, kadang Safiya sendiri yang kirimkan. Urusannya dengan Saqif betul-betul dipermudahkan.

"Cepat, papa dah lewat nak kerja sayang." Thaqif kucup dahi Saqif buat mata anak itu terkebil-kebil memandang papanya.

Thaqif hanya bertuala tak sempat bersiap, rambut juga masih basah. Macam mana nak bersiap, sebelum dia mandi dia akan mandikan Saqif dulu dan siapakan pakaian anak itu. Tadi Saqif tak bersungguh nak menyusu, sambil anak itu terkebil-kebil dalam baby crib. Thaqif tinggal sekejap nak mandi, ini baru 2 minit sentuh air, Saqif menangis lagi nak menyusu.

Haih~ ya, tipulah hidup sebagai orang tua itu tak memenatkan. Jujur dia pernah mengeluh. Tapi fikirkan sakit yang Safa alami mahu lahirkan anak itu, Thaqif buang jauh fikiran itu. Lagipula, Saqif zuriat yang selama ini dia tunggu bersama Safa. Sepatutnya dia bersyukur masih diberi peluang membesarkan anak itu walaupun saat ini tanpa Safa disisi.

Saqif anaknya, walau sepenat mana pun hidupnya, walau rehatnya tidak pernah cukup. Dia tidak akan pernah berpaling sayang dari anaknya sendiri. Dan saat itu barulah dia sedar, itulah perasaan semula jadi orang tua.

Kalau Safa ada ditempatnya, dia yakin Safa akan rasa perkara yang sama.

"Baguslah.. aku pun memang tak sanggup lagi nak mengandungkan anak dari lelaki macam kau."

"Inikan nak bayangkan hidup aku terpaksa besarkan anak, sleepless, faking love untuk seorang budak yang aku tak akan cinta."

Kata-kata Safa tempoh hari ditelan pahit Thaqif tapi tidak pernah disimpan ke hati. Ya betul kata-kata itu pernah singgah menyiat hatinya tapi dia yakin, Safa bukan orang yang mudah membenci. Safa mungkin melepas rasa sakitnya tanpa fikir apa keluar dari mulutnya. Jadi dia akan cuba sebaik mungkin mengerti keadaan isterinya.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now