4 tahun kemudian..
"PAPA TIPU CAQIF!" Tolak sahaja pintu rumah Thaqif sedikit tersentak dengan serangan mengejut anaknya.
"Tipu apa?" Berkerut dahi Thaqif menunduk
kepala memandang Saqif tegak bercekak pinggang dihadapannya. Tahulah dia peperangan ayah dan anak akan bermula sebentar lagi. Tahap cerewet Saqif mengalahlan dia dan Safa, entah dari mana dia dapat perangai tu."Papa tak cayang Caqif."
"Bila masa papa cakap papa tak sayang Saqif?" Thaqif tunduk berlutut menyamai ketinggian anaknya. Rambut Saqif diusap-usap menenangkan amarah anak itu.
"Papa tipu Caqif! Papa tak cayang Caqif." Dari jauh Safa sudah menayang wajah tak mahh mengambil tahu. Majalah di tangan dibelek-belek. Sungguh dia malas masuk campur, nanti sekali dengan dia yang sakit kepala melayan anaknya seorang itu.
"Ya, ya, papa tipu apa tu?" Thaqif sudah urut dahi.
"Papa cakap nak guna laman tu buat pool untuk Caqif! Tapi papa tanam bunga!" Thaqif tersentak. Baru dia teringat ada beberapa anak pokok bunga dihantar dirumah. Patutlah anak dia seorang itu mengamuk. Dia gunakan tapak laman untuk tanam bunga.
"Err.. Tapi papa suka bunga.. Pool terlalu mahal sayang.." Thaqif pandang Safiya yang tenang duduk disofa membelek majalah. Bukan nak menolong dia!
"Are you a boy or girl papa?" Terkulat-kulat Safa dan Thaqif dengan soalan tiba-tiba anaknya. Safa sudah kemam bibit manakala mata Thaqif membulat.
"Saqif,, you being so mean to papa. Who teach you?" Thaqif dukung Saqif sebelum dia hempas tubuh di atas sofa. Tubuh kecil Saqif diletak di atas riba. Muncung anak itu boleh kalahkan muncung itik. Risau betul.
"Uncle Syaqil cakap only girl love plowers. But why papa so beird?" Kedua belah tangan Saqif tunjuk kemuka Thaqif.
"Weird not beird."
"Jangan tukar topik papa! Clean off your plower now! Buat pool untuk Caqif!" Kali ini lengan Thaqif digoncang-goncang. Dia cuma nak kolam renang sama macam rumah Kak Hanna!
"Listen Saqif, papa dah hantar Saqif kelas swimming every weekend. Itu rasanya dah cukup. Kalau Saqif nak swimming, Saqif boleh pergi rumah Uncle Syaqil dan berenang kat sana tiap petang. Kak Hanna ada boleh tengokkan Saqif right?"
"But..."
"Cop! Cop listen!" Thaqif memotong buat Saqif tercengang-cengang tidak puas hati.
"And not only girl love flowers. Kalau papa suka memasak tu pun bermakna papa, perempuan juga ke? You know there's lot male florist out there. Make your eyes wider sayang. Jangan terpangaruh dengan uncle Syaqil." Saqif suka bermain dengan Kak Hanna mungkin sebab tu Syaqil sangat beri pengaruh pada anaknya.
Perlu ke dia buat kolam renang biar Saqif tak kerap ke rumah Syaqil? Tapi taman bunga dia..
"Mama cakap cwimming is Saqif's hobby. Papa should cupport my hobby. Buat pool untuk Caqif."
"Then tanam bunga pun hobby papa. Saqif should respect papa's hobby."
"Mama!!" Saqif pandang Safa diam tidak menyampuk pergaduhan mereka.
"Yes sayang?" Safa tutup majalah memandang tenang ke arah anak sulongnya.
"Cay comething! Papa buat Caqif sakit hati." Saqif menggelongsor turun dari riba papanya lantas tekap wajah ke perut Safa.
"Saqif, you can ask for anything you want. Ada yang papa dan mama mampu belikan but ada yang tidak. That's life."
"Mama tak ajar Saqif merengek bila Saqif tak dapat apa yang Saqif nak kan?"
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...