36

53.4K 3.4K 1.1K
                                    

"Terima kasih doktor.." Safa senyum sebelum menutup daun pintu. Perut besarnya diusap lembut. Sedar tak sedar kandungannya sudah mencecah 7 bulan. Sunggub cepat masa berlalu.

Sepanjang itu juga hubungan dia dan Thaqif mendatar seperti biasa. Melihat Thaqif yang tak lekang menyalur kasih sayang dan berusaha untuk ada disisinya, Safa jadi tidak sanggup untuk berkasar. Apapun yang lelaki itu lakukan, sekurang-kurangnya Thaqif masih ada disisinya sehingga sekarang.

Cuma hari ini, sepatutnya lelaki itu datang bersama untuk appointment Saqif, tapi lelaki itu dah awal-awal minta maaf kerana ada mesyuarat penting yang terpaksa dia pergi. Bukan masalah besar bagi Safa. Balik nanti dia tahu Thaqif akan berubah seperti inspektor tanya itu dan ini.

Untung Saqif ada papa macam Thaqif. Dia jadi yakin, kelak mereka bercerai. Kasih sayang Thaqif pada Saqif tak akan berkurang. Saqif akan ada seorang ayah dan Ibu yang sayangkan dia.

"Auch!!" Baru melangkah ke kaki lima, Safa tergamam melihat seorang wanita rebah bersama mop ditangan. Pakaian seragam dipakai wanita itu jelas menunjukkan dia seorang cleaner di situ.

Cepay-cepat Safa melangkah menghampiri untuk membantu.

"Jangan Puan! Lantai licin! Puan mengandung.." Baru sahaja wajah wanita itu mendongak menghalangnya. Safa terkedu lagi.

Bagai ada sesuatu menghentak kuat di dadanya sekarang. Bibirnya bergetar mencerna raut wajah dihadapannya. Tag nama tersarung dibaju wanita itu jelas mengatakan matanya tidak salah.

"Na-Najla?" Bergetar suara Safa menegur.

Najla angkat wajah dengan dahi berkerut seperti seorang yang tidak dapat mengecam siapa susuk dihadapannya. Lama wanita itu memerhati segenap wajah Safa sebelum wajahnya Najla berubah kendur.

"Safa..." Najla teguk air liur.

Terlalu banyak kisah silam mereka, cukup meninggal pahit dan luka di dalam diri Safa sehingga hari ini.

Najla? Perempuan yang sama menjadi kepala membuli dirinya dahulu. Setelah Dini meninggal, Najla lah dalang yang menyebar mulut seperti dia yang ada di tempat kejadian. Dan mulai hari itu, Safa hilang segalanya.

Masih kuat sakit yang dia rasa, seperti bayang-bayang Najla menarik kasar rambutnya dan menghentak kepalanya kedinding. Saat itu dia hanya mampu menjerit, meronta hingga tekaknya tiada suara. Sakitnya hari itu, masih kekal sehingga hari ini.

Lagi sakit melihat sahabat-sahabat sendiri yang sekadar sudi menjadi pemerhati dengan senyum puas terukir dibibir masing-masing. Dan tak lupa ada yang datang menyumbang luka, menghentaknya dengan kerusi kayu, dan menyepaknya seperti haiwan hina.

"A-aku.. terlalu banyak dosa dengan kau Safa." Cafe terdekat menjadi pilihan untuk mereka. Awalnya Safa mahu mengangkat kaki pergi tapi Najla yang tiba-tiba melutut memegang kakinya buat hatinya luluh. Akhirnya dia kalah dengan rasa kasihan.

"Aku anggap apa yang jadi kat diri aku sekarang, balasan pada apa yang dah aku buat kat kau." Suara Najla bergetar dan tangan wanita itu turut terketar-ketar.

"Itu masa lepas, sekarang aku dah bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Aku dah lupa apa yang dah terjadi antara kita. So jangan lagi cerita benda-benda lepas." Dalam dingin Safa membalas. Cukuo buat Najla tersenyum lega.

"Aku tahu, apa yang aku buat dulu susah untuk dimaafkan. Tapi untuk kali ni.. aku merayu.." Mata Najla berair menatap jauh ke dalam mata Safa.

"Tolong aku nak dengar kata yang kau dah maafkan aku dari mulut kau sendiri.. Aku nak hidup dengan tenang.. Dan aku pun nak pergi dengan tenang.." Najla cuba capai tangan Safa.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now