20

67.7K 3.6K 716
                                    

Skrin pentas besar menunjuk suasana permainan video game sedang berlangsung diantara empat skuad terhandal, dan di skrin terpampar juga kumpulan bernama Lowkeyy sedang mengusai permainan dengan duduk di tangga atas diantara semua skuad itu.

Safiya dongak dengan debaran menatap nama pemain Atticus penyumbang terbesar bagi kumpulan Lowkeyy yang telah berjaya mengutip 'kill' sebanyak 8 ditambah 3 lagi ahli kumpulan Lowkeyy yang lain menyumbang 7 'kill'.

Lelaki yang memegang gelaran Atticus sedang kusyuk diatas pentas bersama telefon bimbit di tangan. Sesekali kamera dihala buat wajah lelaki kacak itu jelas memenuhi skrin layar pentas dan saat itu juga bunyi teriakan sang gadis yang mengidolakan pemain video game terhandal itu.

Saat layar skrin pentas menunjuk perkataan 'match has ended' dan saat itu juga Safiya menarik senyum lebar melihat kumpulan Lowkeyy bangun meraikan kemenangan mereka dalam tournament PUBG Mobile Global Championship.

Tak berkelip matanya memandang lelaki memegang nama Atticus itu dipeluk rakan skuadnya.

Atticus atau nama sebenarnya, NAUFAL.

Ini kali pertama Safiya tiba ditempat seperti itu, dan ini kali pertama dia mengenali tournament permainan video secara dekat. Ya, dia tiba disitu kerana Naufal. Berkat kerja 'stalk' dia selama ini, akhirnya segala maklumat Naufal buat dia akhirnua tiba disitu.

Jangan ditanya bagaimana, perempuan ada kemahiran untuk tahu semuanya dengan sekadar menggunakan jari.

Sehingga tournament berakhir, Safiya barulah mengangkat punggung dari tempat duduknya. Dari jauh dia sekadar memandang Naufal dan rakan-rakannya melayan peminat yang tak henti mahu bergambar dengan mereka. Rata-rata peminatnya dari kalangan perempuan.

Mereka datang kesitu menonton perlawanan video game atau sebenarnya datang ingin cuci mata?

Lamunan Safiya terhenti saat anak matanya menangkap susuk seorang perempuan yang memakai baju jersi yang serupa dengan baju dipakai skuad Naufal. Lihat dari cara perempuan itu menghampiri Naufal tanpa segan silu, wajah Safiya sedikit berubah.

Ya dia kenal siapa perempuan itu. Auni, teman wanita Naufal.

Safiya alih pandangan mata melihat Naufal memeluk pinggang perempuan itu dan tanpa segal silu perempuan itu mencium pipi Naufal buat semua disitu cemburu melihat ke arah mereka.

Siapa sahaja tidak mahu ada di tempat perempuan bertuah itu? Naufal, tidak cukup dengan kacak. Lelaki itu juga berharta. Boleh dikatakan idaman semua perempuan.

"Safiya?" Dengar sahaja nama Sayifa keluar dari mulut rakannya. Naufal laju sahaja berpaling sebelum matanya membulat terkejut.

"Dia buat apa kat sini?" Dahi Naufal berkerut.

"Kau tanya aku kenapa? Tu adik kau." Faizul menyambung buat Naufal raup rambut kebelakang.

"Adik? Apa ni?" Soal Auni turut memandang ke arah gadis dipanggil Safiya tadi.

"You tunggu sini." Naufal tolak tubuh Auni lantas melangkah ke arah Safiya yang tak berkutik memandang ke arah mereka.

"Siapa Safiya?" suara Auni sedikit tidak puas hati menyoal rakan Naufal.

"Jangan risau, budak sekolah lagi tu. Safiya adik ipar, Thaqif." Jawapan tenang Faizul buat Auni tarik nafas lega.

"Jom keluar." Suara Naufal tidak garang tapi tidak tenang. Ada terselit dingin cuba disembunyikan lelaki itu.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now