28

57.9K 3.6K 223
                                    

Berkemeja hitam dengan tali leher biru gelap menaikkan aura gelap terkurung di dalam diri. Mata pula tidak lesu seperti selalu ada sinar kegelapan buat siapa yang memerhati susuk itu segera menunduk tidak berani bertatapan.

Hasrul yang melangkah disamping majikannya melorek senyum datar melalui kawasan pejabat pekerja yang sunyi seperti padang bola usang terbiar. Kosong dan muram.

"Tetamu kita kat mana?" Thaqif senyum tipis memandang Hasrul disebelah sambil dia menolak lengan baju ke atas.

"Dalam bilik meeting Encik Thaqif." Hasrul segera merespon. Thaqif mengangguk, senyum kenakalan mula terbit dari ulas bibir buat Hasrul teguk air liur. Apa agaknya yang nak dibuat Encik Thaqif pada mereka.

Hari ini, setelah membuat siasatan pemilik akaun yang menyebar rumor mengenai Safa tempoh hari, dua orang dalang telah dikenal pasti. Berkat pengaruh Thaqif keduanya dibuang kerja tanpa belas, bahkan Kesatuan Pekerja sendiri tidak dapat membela dengan perbuatan etika mereka yang mencemari nama Syarikat. Sungguh sadis.

"Selamat datang ke pejabat saya." Sapaan Thaqif buat kedua menusia di dalam bilik pejabat itu tersentak. Kedua-duanya pucat tidak berdarah melihat Thaqif dengan senyum lebar menyapa mereka.

Mata Thaqif tajam memandang seorang demi seorang. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.

"En-encik Thaqif." Lelaki berkaca mata itu sedikit gugup menyapa Thaqif. Alahai, di medan sosial media bukan main berani bertung tang melempar gosip tentang orang. Ini depan-depan macam siput sedut takut nak keluar dari cangkerang.

"Duduk," Thaqif tarik kerusi lantas duduk di hujung-hujung meja mesyuarat. Jari bersatu dan siku bertongkat di atas meja. Senyuman tadi perlahan-lahan memudar.

"Kau Arif?" Thaqif jungkit kening memandang si lelaki.

"Ya saya Encik Thaqif." Laju lelaki itu mengangguk kepalanya.

"Dan kau?" Thaqif memandang si perempuan pula.

"Sa-saya Fida." Si perempuan menunduk wajah tidak berani bertatapan memandang mata helang Thaqif.

"Aku dengar perniagaan Ayah kau terjejas." Thaqif jatuh tangan di atas meja sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk meja kaca itu.

"Ya, saya minta maaf Encik Thaqif, kalau bukan sebab saya yang hampir bongkar rahsia Puan Safa kat Twitter mungkin semua tak jadi macam ni." Tempoh hari dia hampir membongkar rahsia Safa waktu sekolah di Twitter kononnya mengejar populariti di atas gosip Safa masa itu. Tapi mujurlah salah seorang sepupunya memberi amaran kariernya akan segera hancur kalau dia teruskan semua itu. Walaupun begitu, Kariernya sebagai model dan influencer betul-betul terjejas disebabkan itu. Malah perniagaan ayahnya turut terkesan dek kuasa orang dalam dan dia yakin semua itu pasti angkara Thaqif!

"Dan aku dengar kau kena buang kerja Arif?" Thaqif pandang pula Arif yang tunduk, berbeza dari Fida, Arif menggunakan akaun Twitter yang tidak mendedahkan informasi diri tapi entah bagaimana, semua informasinya terdedah dengan mudah. Tak cukup dengan itu dia dibuang kerja sebagai akauntan dengan rekod etika yang sudah memburuk.

Sudahnya dia sekarang menganggur dan sukar mendapat pekerjaan dengan rekod etika lampau.

"Ya Encik Thaqif, saya dibuang kerja."

Thaqif menghambur tawa kecil buat mata Arif sedikit tajam memandang wajah lelaki itu. Hatinya sakit.

"Apa yang kau rasa bila masuk office aku? Rasa kerdil kan?" Soal Thaqif dengan senyum sumbing dihadiahkan buat kedua-duanya.

"Aku rasa office aku ni lagi besar dari otak kau berdua. Sebabtu orang selalu pesan kalau nak buat sesuatu selidik dahulu sebelum kau terima padahnya." makin asyik Thaqif berkata-kata menghiris hati keduanya.

Tempat Sempurnaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن