39

51K 3.5K 371
                                    

'Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh isteri seorang ahli perniagaan terkenal Mohd Thaqif bin Dato' Raihan sebulan yang lalu.

Najla Inayah, 27, yang merupakan bekas isteri kepada ahli perniagaan terkenal itu, didakwa cuba membunuh Safa Aqilah, 27, dengan menolak mangsa yang sarat mengandung dari tangga hingga menyebabkan pendarahan dan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika disabit kesalahan.'

"Fuh puas hati aku tengok dia merayu-rayu mengaku tak bersalah lepas terang-terang tolak isteri kah jatuh dari tangga!" Ihsan tarik tali seatbelt sambil meluah kepuasan melihat riak wajah Najla di mahkamah tadi.

Selepas beberapi kali persidangan ditunda kerana kesihatan Safa masih belum pulih, akhirnya hari ini. Najla dapat didakwa! Safa turut ada di mahkamah tadi tapi tak banyak keterangan dapat diambil memandangkan wanita itu masih belum pulih sepenuhnya.

Thaqif yang banyak bercakap bagi pihak si isteri dan mencerita segalanya secara lancar. Ya memang dia berpeluang duduk disisi Safa tapi kosong. Kehadirannya disebelah wanita itu dianggap sunyi oleh Safa. Tiada perbualan, tiada rasa. Cukup perbualan penting untuk mereka habiskan persidangan itu dengan cepat.

"Next, pukul 2 mahkamah Syariah." Idham mengerling memandang Thaqif disebelah. Umpama mayat hidup, jasad sahaja disebelah. Entah kemana semangat lelaki itu menghilang.

"Thaqif.. Kau yakin ke ni?"

"Aku orang yang bertanggubgjawab, bila orang jemput aku datang. Ya aku datang." Ringkas balasan Thaqif buat Ihsan diam sejenak memandang raut wajah lelaki itu.

"Aku tak nak pertikaikan lagi. Kalau ini yang kau rasa terbaik untuk diri kau."

Hanya hela nafas panjang kedengaran dari ulas mulut lelaki itu. Thaqif diam kembali hilang ke dalam dunianya. Dia tahu, setenang mana pun raut wajah lelaki itu, perasaan dalaman masih berkecamuk memikir waktu-waktu yang bakal mendatang.

Masuk sahaja ke dalam bangunan besar Mahkamah, Safa dan ahli keluarga sudah berada menunggu di kaki lima. Thaqif betulkan songkok dikepala dan berjalan tenang menuju ke arah si isteri. Ihsan pula setia di sisi sahabat, hari ini dia umpama kekasih Thaqif yang mengosongkan satu hari jadual semata-mata untuk sahabatnya itu.

Safa kelihatan sibuk bercakap sesuatu dengan peguamnya tidak menyedari kehadiran Thaqif sehinggalah si peguam mencuit. Saat itu barulah Safa berpaling memandang Thaqif yang sudah melempar senyum ramah pada mentuanya. Wajah Dato' Azham tetap tegang seperti sebelumnya, masih berkeras mahu meneruskan penceraian itu.

Wajah Safa tetap mendatar tidak beriak memandang wajah suaminya.

"Boleh saya bercakap dengan Safa sekejap sebelum masuk ke dalam?" Permintaan Thaqif buat wajah Dato' Azham membengis.

"Tak perlu! Ingat saya tak tahu! Adalah benda yang kamu nak pergunakan Safa!!" Kuat tengkingan Dato' Azham mengundang mata-mata disitu.

"Lafaz cerai ada di tangan Thaqif papa, Thaqif masih suami Safa sekarang. Dan Thaqif minta baik-baik untuk bercakap dengan Safa. even Thaqif tak perlu minta pun! Dia hak Thaqif." Kata-kata Thaqif kali ini kedengaran berbeza buat Safa teguk air liur. Gerun.

Sepertinya lelaki itu ada kuasa lebih besar dari mereka disitu, sesuatu yang mampu buat mereka berdiam untuk melawan.

"Berani kamu cakap macam tu lepas gunakan anak.."

"Orang tua yang masuk campur urusan penceraian anak-anak boleh didakwa dan dikenakan denda serta penjara di bawah Seksyen 37, dan 38. Ini urusan Thaqif dan Safa, sebaiknya papa jangan masuk campur." Celahan Thaqif cukup buat Dato' Azham terdiam. Mata mencerlung memandang Thaqif dengan selamba menarik tangan Safa jauh dari orang disitu.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now