50

75.6K 3.8K 457
                                    

"Yay! Kita dah balik!"

Tersenyum Thaqif melihat Safa yang teruja mengendong Saqif di tepi jendela kapal terbang dinaiki mereka. Di bawah sudah jelas bangunan-bangunan Malaysia menghiasi ruang mata. Serupa orang baru balik jauh, dari Singapore je pun.

"Nanti Saqif akan balik rumah kita. Rumah mama dan papa." Safa paling tubuh kecil Saqif memandangnya. Dengar suara mama bercakap, si kecil tersenyum hingga air liur mengalir dari mulut comel itu.

Spontan itu juga Thaqif bawa sapu tangan kecil ditekap lembut dibibir anaknya.

"Kita tak nak balik rumah papa dan mama dulu?" Soalan Thaqif buat senyuman Safa mengendur.

"Papa dan mama siapa ni?"

"Papa dan mama kita lah."

"Yelah yang mana satu! Papa mama awak atau papa mama saya?" Thaqif mengemam bibir menahan senyum. Sejak seminggu yang lalu dia perasan bahasa diri Safa sudah bertukar sepenuhnya kepada awak saya. Mungkin cemburu dengan Nora.

"Ee orang tanya dia senyum pula!" Geram sahaja mimik Safa memandang Thaqif tersenyum-senyum seperti kerang busuk.

"Papa dan mama awak lah mama." Thaqif ceput dagu Safa dan tak semena-mena wajah wanita itu mengendur. Perlahan-lahan dia jatuhkan tubuh Saqif dilengannya. Lalu digendong.

"Buat masa ni, boleh tak kita focus fasal kita dulu? Saya tak nak.."

"Kita tak boleh lari dari masalah sayang.." mendatar suara Thaqif menegur.

"Saya tak lari dari masalah Thaqif!" Safa memandang Thaqif yang redup merenungnya.

"Awak tahu kan papa tu macam mana. Saya tak burukkan papa cuma. Peristiwa lalu buat ego Papa jadi macam tu.." Ya, peristiwa lama berlaku pada Safa buat Dato' Azham sangat berkeras dengan keputusannya. Egonya pernah dicabar oleh pihak sekolah Safa dulu dan sampai hari ini. Dia sanggup berkeras apapun demi maruah anaknya.

"Sebab tu bagi saya bertanggungjawab dengan semuanya Safa.." tersentak Safa apabila dia rasa lembab bibir Thaqif menyentuh telapak tangannya. Air liur diteguk dengan getaran.

"S-saya rasa buat masa sekarang.."

"Penerbangan XX Airline akan mendarat di lapangan..." bunyi pengumuman pramugari mematikan percakapan Safa. Thaqif senyum lantas menarik kepala Safa ke arahnya.

"Jangan risau. Saya lelaki, pandailah saya uruskan. Jangan fikir apa-apa lagi." Kepala Safa direhatkan dibahunya dan Thaqif hela nafas panjang. Setiba mereka di Malaysia, kepalanya sudah tahu apa yang akan berlaku. Lambat atau cepat, dia kena tempuhi juga untuk keluarganya.

Tiba sahaja di balai ketibaan, tiada lagi senyuman dibibir Safa mahupun Thaqif. Masing-masing kelu melihat beberapa orang berkemeja hitam disitu. Lagi-lagi melihat orang kanan Dato' Azham disitu, tahulah Safa siapa mereka.

"Thaqif! Ak.. aku tak tahu!" Ihsan mati akal terkulat-kulat dia melihat Thaqif yang pegun melihat orang-orang itu.

"Maaf Puan Safa, kami datang nak jemput.."

"Tinggalkan saya. Saya akan balik sendiri dengan suami dan anak saya." Keras suara Safa mencelah kata-kata lelaki berkaca mata itu.

"Maaf Puan, saya tak boleh balik selagi Puan tak ikut sekali dengan kami." Serba salah orang kanan Dato' Azham membalas.

Safa merengus memandang Thaqif melangkah merapatinya sambil mendukung Saqif. Anaknya pula sudah layu mata mahu berehat dan tidur. Sekarang masalah pula yang datang. Tak boleh bagi orang bertenang langsung!

"Then bawa suami dan anak saya sekali." Baru sahaja tangan Safa ingin memaut tangan Thaqif tiba-tiba tangannya dihalang seorang lelaki itu. Mencerlung mata Thaqif memandang orang kanan Dato' Azham itu.

Tempat SempurnaOn viuen les histories. Descobreix ara