1

74K 3.5K 1.1K
                                    

"Arghkhh.." Tangan naik mencengkam dahi, kepala rasa dihempap berat buat dia yang ingin bangun kembali berbaring.

Mata dibuka sipi mencerna ruang sekelilingnya. Walau pandangannya masih kabur dia dapat mengecam dengan mudah dimana dia beradan sekarang. Bibir masih merah lipstik sedikit terbuka menghembus nafas panjang. Mungkin sudah terlalu lama dia meninggalkan minuman keras buat tubuhnya rasa mual dan pening. Lagi-lagi terkenangkan wajah jengkel Thaqif semalam, menambah bara di hati.

Bunyi pintu bilik dikuak, Safa akhirnya membuka kelompak mata sambil dahinya berkerut menahan sakit di kepala.

Bunyi gelas berlaga dengan sudu, "Good morning princess." Dila letak air teh hangat baru dikacaunya di atas meja sebelum dia melabuh punggung dibirai katil. Comforter menutup tubuh Safa ditarik.

"Dah tengah hari, phone kau tak berhenti bunyi dari subuh tadi."

"Aku knocked out malam tadi?" Soal Safa dengan suara masih serak mamai.

"Dah tahu kenapa tanya? Lagipun kau pun satu, yang berani layan mamat tu kenapa?" Bebel Dila, dia sendiri pun sampai hilang akal mahu mengawal mabuk Safa semalam.

"Aku cuma geram."

"Haa yelah, bangun." Dila tarik tubuh Safa untuk bangun.

"Kau tak pergi cafe?" Safa capai cawan teh panas dihulur Dila.

"Aku biasa masuk petang sampai malam."

"Ohh.."  Safa senyum seraya menghirup teh itu. Kerongkongnya rasa sedikit lega seperti segala toksik berada dalam badannya perlahan-lahan menghilang.

Bunyi deringan telefon buat Safa merengus dan dengan malas dia bangun menjawab panggilan. "Ya mama?"

"Kamu kat mana? Kenapa tak balik malam tadi?" Sudah diagak itulah soalan pertama bakal diaju puan besar itu.

"Semalam Safa tolong Dila dekat Cafe, lepastu tidur rumah dia sebab dah lewat malam." Bohong Safa. Dila yang mendengar menyungging senyum. Bukan dia tidak tahu keadaan Safa yang selalu dikonkong ibu bapanya itulah yang buat gadis itu liar dahulu.

Sehingga Safa menemui Adri yang katanya banyak menegur dan merubah hidup gadis itu. Ibaratnya Adri seperti cahaya yang menyuluh dia dalam kegelapan.

"Ya, ya. Jangan risau, kalau mama nak cakap dengan Dila dia ada je kat sebelah ni." Tenang Safa membalas, tanpa rasa bersalah membohongi ibunya sendiri.

"Okay. Bye mama." Safa senyum seraya mematikan panggilan telefon. Tubuh kembali dihempas di atas katil.

"Sudah-sudahlah tu nak bohong mama sendiri."

"Kau nak aku kena sembelih?" Laju Safa memotong buat Dila yang mendengar menghambur tawa.

"Lagi satu, rahsiakan dari Adri, aku tak nak dia kecewa kalau dia tahu aku pergi tempat tu..."

"Jangan risaulah, kau boleh percayakan aku. Rahsia kau dari dulu sampai sekarang kemas aku simpan dalam poket aku haa!"

"Macam ni lah bestfriend." Safa sengih seraya menarik Dila hingga keduanya tergolek di atas katil.

"Ee aku dah mandilah!" Marah Dilaz

Tubuh Dila dipeluk erat. "Aku peduli apa?" Safa senyum tak bersalah.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now