61

58.7K 4K 1.4K
                                    

"Wahai Safiya Aqilah Binti Khadija"

Thaqif tarik tubuh isterinya dalam pelukan dan serentak itu Safa teresak-esak melepas tangisan. Air mata lelakinya turut bergenang sambil dia mengusap-ngusap belakang Safa.

"Wahai Safiya Aqilah Binti Khadija."

Kering air mata Dato' Azham memandang timbusan tanah di hadapannya. Segala memori saat dia pertama kali menyambut Safiya di dunia hinggalah detik terakhir mereka berpelukan bermain di dalam ingatan. Segalanya seperti angin berlalu begitu pantas. Jujur dia masih belum cukup kuat, belum cukup sempurna menjadi ayah terbaik buat Safiya.

"Wahai Safiya Aqilah binti Khadija.."

Datin Khadija tekup rapat matanya. Sungguh dia tak rela mengharungi detik namanya disebut di hujung nama anak-anaknya. Dia masih belum terima!

"Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah. Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini."

Naufal bertahan tubuh berdiri. Tak berkelip dia memandang kubur seorang perempuan yang semalam bersungguh-sungguh meluah cinta padanya. Tapi hari ini, hanya jasad yang sudah tak bernyawa datang kepadanya.

"Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah. Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah."

Sakit sungguh sakit. Sakit yang tak tahu bagaimana lagi mahu diubati lagi.

"Ingatlah wahai Safiya Aqilah binti Khadija.
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu."

Andai Safiya tahu angan pertamanya selepas dia nekad menolak akad nikah bersama Auni.

Dia angankan Safiya jadi isterinya. Dia angankan Safiya ada disisinya setelah empat tahun gadis itu habiskan pengajian di German.

Itu angan pertamanya setelah dia bangun menolak kerusi dan pergi dari ruang akad nikah semalam. Dia dambakan Safiya lebih dari dia dambakan Auni.

PERGI Safiya, hilang segala rasa. Lemah lutut mahu berjalan lagikan bercakap. Majlis akad nikah? Dibiar begitu sahaja. Dia sudah tiada rasa lagi.

Sunyi ruang kereta diantara empat lelaki itu. Masing-masing tenggelam dalam perasaan.

Sepanjang pengebumian, Haris tak berganjak berada di dalam perut kereta. Dia tak kuat mahu melawat kubur Safiya, lagikan melihat jasad yang dipangku penuh darah tadi dimasukkan ke liang lahad.

Keluar sahaja dari perut kereta. Naufal mengerut dahi memandang beberapa buah pasu bunga siap diikat ribbon tersusun cantik di hadapan rumahnya.

"Apa ni? Kalau hadiah wedding ke apa. Buang." Naufal meraup rambut memandang pembantu rumah yang menghampiri.

"Ya, ni hadiah wedding Encik Naufal. Tadi ada orang delivery dia cakap hadiah ni dari.."

"Buang!" Tak menunggu Naufal terus memberi arahan.

"Tapi Encik Naufal.. Ni.." teragak-agak pembantu rumah memberi sampul kecil kepada Naufal.

Dengan dengusan Naufal ambil juga sampul itu sebelum dia keluarkan isinya. Seketika dia terkelu membaca apa yang ada di kad itu.

'Abang Thaqif cakap Abang Naufal suka tanam bunga sama macam dia. Jadi Safiya hadiahkan pokok-pokok bunga ni untuk abang tanam kat rumah baru Abang dan Auni nanti.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now