38

51.3K 3.5K 240
                                    

'Slurpp~'

Bunyi normal bagi orang biasa, tapi bukan di telinga Thaqif. Mata yang sudah terpejam perlahan-lahan terbuka. Diri yang sudah dikuasai kantuk tadi berubah segar dan bersiaga untuk menerima apa jua arahan dari si ratu. Tubuh yang tadinya berpaling membelakangi Safa kini bergerak menghadap wanita itu

"Thaqif tak tidur lagi?" Safa kelihatan ralit dengan telefon bimbit dan video 'mukbang' di skrin telefonnya.

"Belum." Tipunya. Walau mata sudah melayu dan membengkak menahan kantuk.

"Oh..."

"Kenapa?" Thaqif bangun bersandar pada kepala katil lantas menarik tubuh Safa bersandar pada dadanya.

"Tak ada apa." Safa matikan telefon sebelum dia hulur senyum tipis pada suaminya.

"Jangan tipu aku. Kau ada nak makan sesuatu kan?" Thaqif ceput dagu Safa seperti mengerti apa yang ada dalam fikiran isterinya. Kenal sangat perangai Safa sejak mengandung ni, kalau dia tengok video Mukbang dalam telefon maknanya ada lah tu benda yang dia mengidam.

"Tak apa, boleh tunggu esok. Dah lewat malam ni. Esok kau kerja." Safa angkat tubuh dari dada bidang suaminya lantas menolak-nolak tubuh Thaqif agar kembali berbaring.

"No. Tak elok buat anak kita tunggu lama-lama. Kau nak makan apa? Beritahu je, aku carikan." Thaqif keraskan badan sambil tanganny bergerak mengusap perut bulat Safa.

"Mana ada kedai buka malam-malam macam ni. Esoklah. Tidur Thaqif." Safa berleras menolak tubuh Thaqif untuk kembali berbaring.

"Cakap dulu Safa, apa nak makan. Kalau tak boleh cari malam ni, kita cari esok." Mendatar suara Thaqif membalas.

"Erm.."

"Cakap je." Thaqif kembali menarik tubuh Safa berbaring di atas dadanya.

"Bihun Sup Ayam.."

"Okay, aku pergi cari kejap. Kau tunggu rumah ya." Thaqif tolak lembut tubuh Safa di atas badannya.

"Eh tapi,," Safa serba salah.

"Mana ada kedai buka dah pukul 11 malam." balasnya perlahan.

"Ada, tunggu rumah ya. Tidur dulu, nanti aku balik aku kejut kau." Thaqif sudah bangun dari katil sekadar mencapai kunci kereta dan dompet.

"Thaqif.." suara Safa sayu menyeru, dia dalam dilema tak mahu ditinggalkan Thaqif dan serba salah dengan mengindamnya lagi.

"Kejap je Safa. Aku tak pergi lama.. Tunggu nanti kita makan Bihun Sup sama-sama." Thaqif merapati Safa sebelum dia hadiahkan kucupan di dahi isterinya. Safa senyum lebar lantas mengangguk kepalanya.

"Aku tunggu.."

"Safa kamu dengar ke tak apa yang papa cakap?" Keras suara Encik Azham buat Safa tersentak dari lamunan. Mata yang layu perlahan-laham diangkay menatap wajah si ayah.

Tak semena-mena air mata jatuh mengalir ke pipi. Dada rasa sebak memandang sekeliling. Asing yang dia rasakan.

Tempat ini, bukan tempat dia.

"Abang.. slow-slowlah, Safa terkejut lagini." Lembut suara Datin Khadijah kedengaran lantas menarik Safa dalam pelukannya.

"Tengok apa Thaqif dah buat kat anak kita? Macam ni awak cakap dia lelaki baik-baik?" Dato' Azham raup rambut mengucap panjang. Lemah diri melihat tangisan Safa berlagu dalam dakapan isterinya. Datin Khadija pula mendiamkan diri tidak tahu mahu membalas apa lagi.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now