54

57.4K 3.7K 186
                                    

'Nasha, aku cuba. Aku pernah cuba selamatkan kau. Aku pernah cuba bawa kau keluar dari dunia gelap itu. Tapi aku gagal. Kau sudah tenggelam jauh ke dasar dimana aku tak mampu gapai tangan kau lagi.'

Pak!

Bola dikaki disepak masuk ke dalam jaring gol. Dada turun naik mencari nafas sebelum dia tendang bola keluar dari jaring dan membawanya kearah jaring yang berlawanan pula.

'Aku mampu buat kau tersenyum tapi aku gagal kembalikan rasa gembira sesungguhnya. Semuanya palsu. Sama seperti palsunya senyum kak Safa dulu. Kau sakit tapi kau sembunyikan sakit kau. Kau derita tapi kau butakan mata aku dengan senyuman kau.'

Safiya menitis air mata dengan gigi diketap kuat hingga mengalir air mata di pipinya.

"Argh!"
'Pak!!' Sekali lagi bola dikaki disepak sekuat hati sekali dengan perasaan terbuku dihati dilepas pergi.

"Sakitnya..." keluhnya sendiri.

"Aku akan balas balik apa yang dia dah buat kat kau. Jadi kau jangan risau! Percayakan aku." Itulah kata-kata janji dia pada Nasha. Tapi dia tetap perempuan yang lemah tak mampu lakukan apapun.

Ya dia berjaya rapat dengan orang yang menjadi punca derita Nasha tapi. Sakit dihatinya masih belum berbalas.

Malam dia hantar gambar diri sendiri berada di kelab malam kepada Naufal. Kerana dia percaya lelaki itu akan datang selamatkan dia jika ada sesuatu berlaku padanya. Lelaki sialan itu cuba guna cara sama dia guna pada Nasha untuk rogol dia.

Masukkan sesuatu di dalam minuman. Disokong pula oleh kawan-kawan durjana. Hidup Nasha memang menyedihkan.

Dia dapat rasa bertapa manisnya layanan mereka pada awalnya. Dibelanja makanan, selalu dibawa shopping bersama. Dan pada akhirnya niatnya cuma mempermainkan orang yang polos.

"Safiya! Tolong Safiya! Tolong!" Dan saat si Tiqah dan Mai merayu diselamatkan dari dikerjakan Hazim, Haris dan Faizul. Saat itu mata Safiya membara mahu menghentam mereka. Menghantar mereka jauh ke lubang neraka yang mereka ciptakan kepada Nasha.

"Aku mungkin baru 18 tahun, tapi aku tak bodoh, tak senaif dan tak sepolos apa yang kau orang fikir." Dia mahu bunuh orang itu.

"A-apa kau cakap ni Safiya, kita dah kawan lama.." kawan? Kau guna jawapan yang sama pada Nasha lepas kau orang perangkap Nasha tidur dengan lelaki-lelaki itu syaitan!

Hanya tawa sinis Safiya terhambur sebelum dia ketap gigi memandang perempuan-perempuan itu.

"I should bury you deep inside the grave earlier." Safiya baling sapu tangan Naufal tepat ke muka gadis itu. Mata gadis itu kelihatan membulat dengan air liur diteguk ketakutan.

Jijik. Ini contoh manusia paling jijik pernah dia lihat kat dunia ni.

"Don't try to play with my fire." Dagu Tiqah dicengkam sebelum dia berpaling memandang Mai disebelah. Orang ini, orang-orang yang menjadi punca Nasha dirogol kononnya mereka sahabat. Sahabat paling terlaknat!

"Unless you wanna get burned?" Pipi Mai pula dicengkam.

Kalau tak fikirkan diri dan orang tua. Malam itu pasti dia jadi seorang pembunuh. Hatinya berteriak mahu membunuh mereka.

Safiya bangun lantas melangkah diikuti Naufal dan rakan-rakannya.

Sempat mata menjeling tajam kebelakang memandang Farouk dan Mirul yang sudah lunyai dikerjakan Haris, Faizul dan Hazim.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now