15

59.4K 3.6K 318
                                    

Dengan sekali lafaz penuh lancar dan yakin, Safa Aqilah akhirnya sah menjadi isteri kepada Mohd Thaqif seperti yang dirancang. Hanya Tuhan sahaja tahu bertapa kosongnya hati dan fikiran Safa saat ucapan tahniah diucap silih berganti padanya.

Perasaan? Suka? Sedih?

Entah, dia terlalu penat dengan persiapan sehingga rasanya hilang.

Persembahan tarian tradisional dengan alunan musik buat mata Safa melayu kepenatan. Siang tadi dinikahkan, malannya pula majlis resepsi.

Dia tidak sempat untuk rehat sedetik pun! Dia tak tahu nikah boleh jadi sepenat ini!

"Kau penat?" Bisikan Thaqif disebelah Safa buat Safa kembali membuka luas matanya. Kepala dipaling mendongak menatap wajah kacak lelaki disebelahnya.

"Sikit, ada cara lain nak balik awal?" Soal Safa lemah. Dia seperti mahu lari dari majlis resepsi sendiri. Kalau dia tetamu dah lama agaknya dia pulang mencari tilam di bilik.

"Em, lepas kita pergi jumpa tetamu, kita terus naik bilik." Thaqif sentuh tangan Safa meminta wanita itu untuk bersabar.

"Can?" soal Thaqil lembut. Safa hanya menghela nafas panjang lantas mengangguk akur. Senyuman palsu dilakar dibibir dihadapan tetamu yang tak lepas memandang ke arah mereka di layar skrin besar dewan hotel terkenal itu.

"TAHNIAH Safa dan Thaqif, Serious I cakap, you nampak cantik sangat Safa." Puji Amanda pereka baju pengantin Safa yang kini menjadi bualan orang ramai.

"I tak akan cantik tanpa bantuan you, terima kasih." Kata-kata ikhls buat Thaqif disebelah isterinya turut tersenyum. Sejak mereka sama-sama bertungkus lumus untuk persiapan, Thaqif sendiri memperkenalkan Safa dengan ramai kenalan dan meminta Safa melayan mereka dengan baik.

Akhirnya ada juga perkembangan baik dari perempuan itu.

"Tahniah Thaqif." Sapaan seseorang dari belakang buat Thaqif berpaling lantas menghulur senyum lebar.

"Terima kasih Harraz, tengok orang busy macam kau sudi datang majlis aku, aku appreciate sangat.." kata-kata sopan Thaqif buat Harraz suami pereka fesyen terkenal itu tersenyum.

"Jangan selalu sangat perli aku orang busy. Soon aku dapat rasa kau pun sama naik busy dengan aku.." Harraz sempat memandang, isteri kenalannya sekadar menghulur senyum tanpa ada niat ingin menyapanya.

"Kau dah predict?" Thaqif senyum tipis.

"Ya, siapa je tak dapat predict. Kau akan dapat tempat tu.." dunia bisnes yang dia ceburi sejak kecil membolehkan dia baca situasi diantara Thaqif dan Safa.

"Bina rumah guna bahan yang kukuh. Jangan melabur untuk perkara yang tak kekal lama." Pesanan Harraz buat Thaqif sekadar menghulur senyum lantas mengangguk kepalanya.

"Hana dan Ammar tak datang? Saya tak nampak Hana.." Soalan Safa mengalih perhatian dua lelaki itu.

"Oh Hana dengan Ammar ada datang, tapi dia orang minta diri tadi sebab Luna anak diaorang tak berapa sihat. Pengasuh jaga kat rumah. Itu dua-dua tak senang duduk lama-lama." Amanda membalas dengan gelak kecil.

"Dia orang sempat titip salam dan ucapan tahniah buat kau orang." Sambung Harraz pula.

"terima kasih, jemputlah makan dulu. Kami terpaksa minta duru dulu." Thaqif tarik tangan Safa sebelum keduanya beredar menyapa tetamu yang lain.

Thaqif lah yang tak kering gusi mesra menyapa dan membalas sapaan dan ucapan tahniah. Wajah Safa pula sudah pudar seri kerana kepenatan. Tumitnya sakit, pinggangnya lenguh.

"Safa,," Genggaman kemas Thaqif buat Safa angkat wajahnya.

"Yes?"

"Kenalkan ini Indah, dia ni lah owner Helen's Cafe, yang buat cupcakes sedap tu.."

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now