22

57.8K 3.8K 410
                                    

Hempas sahaja pintu kereta, Safa tidak terus masuk ke dalam rumah selain menuju ke paip lantas menyiram pokok bunga di laman rumahnya. Sudah agak lama rasanya dia tak beri perhatian pada bunga-bunganya itu. Apa taknya, sejak kejadian eksisen runtuhan di tapak projek, dia dan Thaqif sama-sama sibuk luar dari biasa dan sampai sekarang dalang kepada kejadian itu masih misteri.

Mereka bernasib baik kerana runtuhan itu berlaku ketika bangunan masih dalam proses pembinaan, tak boleh dia bayangkan jika eksiden runtuhan itu berlaku setelah bangunan itu hampir siap dan telah digunakan.

Jika difikirkan, pasti niat sebenar dalang untuk menjatuhkan dia dan Thaqif. Tapi siapa? Azrul kah?

Ya Azrul lelaki pertama yang ada di dalam fikiran dia dan Thaqif. Tapi Thaqif tegaskan untuk tidak melulu menuduh tanpa bukti yang sahih. Sudahnya mereka diserabutkan dengan persoalan siapa dalang sebenar kejadian itu. Firasat kuat menyatakan, jika si dalang berani bertindak sejauh ini, maka ada lagi perkara luar jangkauan boleh dibuat.

"Haih.." Safa mengeluh sambil dia hala paip menyiram ke arah pokok-pokok bunganya atau lebih tepat anak jagaan kesayangan Thaqif. Hampir 3 bulan bersama lelaki itu, dia sedar sesuatu yang unik dari suaminya. Thaqif sukakan pokok.

Semua pokok di laman rumah ini hasil titik peluh tenaga Thaqif yang tanam! Hebat bukan? Ya, suami dia memang hebat. Tanpa sedar Safa menyungging senyum.

"Assalamualaikum!" Suara comel memberi salam buat Safa tersentak. Laju sahaja kepala terjenggul ke luar pagar rumah. Ada seorang wanita berpimpin tangan dengan seorang anak kanak-kanak perempuan.

Muka seperti pernah lihat.

Spontan kaki Safa melangkah menutup paip air dan mendekati anak beranak itu.

"Siapa ya?" Tanpa membuka pintu pagar Safa menyoal. Muka tenang tidak beriak.

"Awak lupa akak ke?" soal si ibu.

Safa kerut dahi? Siapa? Dia tak ingat tapi wajah si ibu seperti dia pernah lihat sebelum ini.

"Awak ingat cupcake Helen's Cafe?" Dengar sahaja nama Helen's Cafe laju sahaja mata Safa membulat.

"Kak Indah?!" Cepat-cepat Safa membuka pintu pagar. Indah tersenyum tenang.

"Ma-macam mana boleh ada kat sini? Maaf saya betul-betul tak ingat.." ujar Safa serba salah. Indah pula menghamburkan tawa kecil.

"Kita baru jumpa sekali, salah akak juga tak datang tegur kamu. Kita berjiran, sebelah tu rumah akak." Berjiran? Dia berjiran dengan Indah, pembuat cupcake sedap tu? Oh! indahnya hidup.

"Sejak balik honeymoon saya agak sibuk, sangat sibuk. Maafkan saya tak sempat nak tegur jiran-jiran." Walau hakikatnya dia memang tak senang untuk datang bermesra.

"Akak pun sibuk, lepas sehari, sehari niat ni datang nak jenguk, menyapa awak kat rumah ni. Hari ni Alhamdulillah ada peluang juga." lembut sekali bicara wanita itu buat Safa turut terbuai dengan wajah ketenangan dibawa Indah.

"Oh, ini anak akak ke?" Mata Safa jatuh memandang kanak-kanak dianggarkan 5 tahun.

"Ya, ini Hanna.. Hanna pergi salam Aunty Safa." Indah usap kepala anak gadisnya.

Safa tegur air liur melihat tangan kecil itu mengapai tangannya lalu dikucup sopan. Kenapa makhluk kecil ini sangat comel? Adakah anak seperti ini yang dia dan Thaqif akan dapat nanti?

"Oh ya Safa, akak tak nak ganggu lama-lama. Kamu pun baru balik kerja."

"Eh tak apa.."

"Ini akak bawa balik cupcakes dari Cafe untuk kamu." Lihat kotak cupcakes dihulur Indah, mata Safa membulat teruja. Jujur dia tak dapat bendung rasa terujanya! Sudah hampir 3 bulan dia tak ada peluang nak merasa cupcakes dari Halen's Cafe.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now