3

54K 3.2K 449
                                    

Bunyi ketukan pintu buat Thaqif mengangkat wajahnya. "Masuk."

"Encik Thaqif, ini baju yang Encik Thaqif minta saya hantar dobi semalam." Secretary Thaqif letak beg kertas di atas meja majikannya. Thaqif pandang sekilas.

"Hasrul dah datang kerja?"

"Dah, baru je."

"Okay suruh dia datang bilik saya sekarang."

"Baik Encik." Secretary Thaqif tunduk sedikit wajah sebelum berlalu meninggalkan ruang bilik itu.

Tak lama ketukan pintu kembali kedengaran. Thaqif pusing kerusi lantas bangun menuju ke arah sofa.

"Masuk." Thaqif kembali melabuhkan punggung di sofa lantas mencapai cawan kopi panas di atas meja.

"Morning Encik Thaqif." Hasrul salah seorang pekerja paling dipercayai Thaqif menyapa.

"Duduk." Thaqif tunjuk sofa dihadapannya. Lelaki itu kelihatan mengangguk kepala seraya melabuhkan duduk sambil meletak sekeping sampul di atas meja.

"Jadi kamu dah jumpa apa yang saya nak?" Thaqif capai sampul dibawa Hasrul, beberapa keping gambar dikeluarkan.

"Ya Encik Thaqif." Hasrul memandang wajah Thaqif tiada riak membelek sekeping demi sekeping gambar dibawanya.

"Siapa perempuan ni?" Thaqif letak sekeping gambar di atas meja dan jari telunjuknya mengetuk di wajah seorang gadis kelihatan tersenyum lebar disamping jejaka bernama Adri. Jejaka yang diminta Thaqif untuk disiasat.

"Ini kawan baik Adri dan juga Safa. Nama dia Dila."

Thaqif jungkir sebelah kening, perempuan yang sama dia jumpa di kelab malam tempoh hari. Perempuan yang bersama Safa waktu itu. Mereka pasti teman rapat.

"Dila dan Adri partnership dalam business cafe ni. Yang saya dapat tahu, Adri merupakan senior pada Dila dan Safa dan mereka sudah rapat sejak di zaman universiti." Terang Hasrul.

"Maknanya Safa dan Adri sudah bercinta dari zaman universiti?"

"Mungkin betul. Sebab Safa merupakan penyumbang utama pada cafe ni. Kiranya modal cafe ni sebahagian besar dari duit Safa sendiri."

Thaqif terdiam. Mungkin betul Safa terlalu sayangkan kekasihnya dan sahabat baiknya. Dia ada terdengar kisah Safa pernah dibuli di zaman sekolah buat gadis itu trauma untuk berteman rapat dengan mana-mana orang. Disebabkan trauma itu orang-orang menyangka Safa sombong dan tak boleh dibawa bergaul.

Tak sangka Adri dan Dila ubah sikapnya sikit demi sedikit untuk berkawan dan bergaul. Itupun Safa masih lagi kelihatan takut bergaul ramah dengan orang baru disekelilingnya.

"Adri dan Safa.." Thaqif sandar tubuh memandang keping gambar menunjuk senyuman mesta Adri bersama gadis bernama Dila itu.

"Mereka ada perancangan untuk kahwin?" Sambung Thaqif.

"Belum, Adri bukan dari keluarga berada. Jadi lelaki itu perlukan masa untuk bina nama baik untuk Safa. Mungkin bila cafe milik dia ni sudah maju, dia akan fikirkan tentang perkahwinan."

"Okay, saya ada lagi satu tugas untuk kamu." Thaqif masukkan kembali keping-keping gambar itu ke dalam sampul.

"Ya Encik Thaqif?" Hasrul jungkit kedua belah keningnya.

"Ya Encik Thaqif?" Hasrul jungkit kedua belah keningnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now