52

59.7K 3.6K 156
                                    

'Ktang!!'

Baru sahaja Safiya mahu beredar dari meletak kotak-kotak catur di dalam bilik kelab. Langkahnya terhenti mendengar sesuatu dari bilik stor berhampiran. Spontan kakinya beralih arah menuju ke bilik stor itu.

Buka sahaja daun pintu dahinya berkerut.

"Nasha?"

"Kau ponteng perjumpaan kelab ke?" Tak teragak-agak Safiya melangkah masuk dan serentak itu tubuh Nasha berundur beberapa tapak kebelakang dengen gelengan kepala. Safiya mengerut dahi.

"Kenapa? Kau menangis Nasha?"

"Jangan dekat!!" Keras suara Nasha buat Safiya terkedu berundur beberapa tapak kebelakang. Air liur diteguk terasa berpasir.

Kenapa dengan perempuan ni? Setahu dia Nasha yang dia kenal, tak macam sekarang. Perempuan tu selalu tersenyum tak pernah sedetik pun di tengok Nasha masam muka lagikan berperangai macam ni.

"K..kau ada masalah ke?"

"Pergi! Jangan ganggu aku!" Dalam suara Nasha membalas tanpa memandamg wajah Safiya saat itu.

"Okay.." Kalau dah dihalau. Buat apa dia menyibuk. Safiya garu kening sebelum dia katup kembali pintu stor kelab itu. Mungkin perempuan itu ada masalah di rumah, dan tak mahu rakan-rakan sekolahnya tahu.

Mungkin.

Dia fikir, dia akan berhenti memikirkan Nasha. Tapi kali ini fikirannya tiba-tiba kusut memandang gadis itu. Hari demi hari Nasha seperti bukan Nasha sebelumnya. Dia diam hingga kawan-kawan sendiri tak pedulikan kehadirannya. Dia bersendiri, dia tak banyak ketawa, dia tak hiburkan orang seperti dulu lagi.

Nasha itu, bukan Nasha yang dulu dia selalu lihat. Bukan perempuan itu tak ada kawan, tapi sejak Nasha mula berubah. Seorang demi seorang menjauhkan diri. Tiada seorang tahu apa yang Nasha alami, tak ada seorang peduli apa yang Nasha rasa.

"Dia nak attention je tu." Hanya itu yang Safiya dapat bila dia menyoal salah seorang rakan rapat perempuan itu.

Attention? Logik ke nak kan attention dalam keadaan Nasha seperti tinggal jasad tak berjiwa itu?

"Nasha.. Nasha..." Safiya berhenti melangkah menoleh kebelakang memandang Nasha menuruni tangga diganggu beberapa orang lelaki nakal sekolah.

"Lepas! Jangan ganggu!"

"Kau kat sekolah buat-buat sombong Nasha. Kat luar bukan main eh." Ada tawa-tawa sinis buat wajah Nasha serta merta berubah.

"A..apa kau cakap?"

"Alaa Nasha, rilek lah. Kami kami je. HAHAHAHAA."

'Pang!!' Safiya tersentak melihat Nasha tak teragak-agak mengangkat tangan menampar lelaki itu. Mata remaja itu merah berair.

"Kau!"

"Kau gila!" Nasha kuat menjerit sebelum dia berlari melintasi batang tubuh Safiya yang kaku memerhati.

"Perempuan murahan memang macam tu. Dah kantoi buat-buat malu." Kata-kata lelaki di tangga itu buat Safiya memandang tajam. Perlahan-lahan langkah diatur mendekati lelaki itu.

"Kantoi apa?" Tak berperasaan dia menyoal.

"Ni hal lelaki. Kau perempuan tak payah masuk campur." Angkuh salah seorang lelaki disitu membalas buat Safiya ketap gigi.

"Aku nak tahu." Safiya pandang tanpa riak.

"Aku cakap tak payah!"

"Aku cakap, aku nak tahu!!" Serentak itu kolar baju lelaki itu dicengkam lalu dia tolak kasar pada dinding.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now