Perjalanan dari Malaysia ke Greece agak panjang, makan masa hampir 14 jam sampailah mereka mendarat di lapangan terbang Athens untuk mengambil penerbangan baru ke Santorini.
"Kau okay?" Sapaan Thaqif di sebelah buat Safa menjeling. Langit Greece yang cerah dari tingkap kapal buat Safa mengecil mata.
"Ada nampak aku okay?" soal Safa kembali.
Thaqif tergelak kecil. "Itulah kau, dah tahu nak jalan jauh, kau pergi cari pasal semalam kenapa?"
"Aku tak salah, kau yang salah Thaqif!" Safa mengerut muka tidak puas hati. Perempuan mana je nak mengaku salah walaupun diri sendiri dah terang-terang buat silap. Iya dok?
"Kenapa aku pula yang.. okay! Ye aku salah." Thaqif mengalah. Bergaduh dan berdebat dengan perempuan tiada gunanya. Terang-terang diri akan tewas juga.
"Kau pernah datang Santorini?" Safa lempar pandangan keluar tingkap memandang ke bawah. Rasa juga teruja apabila matanya menangkap bandar Santorini dari atas.
"Duduk elok-elok." Thaqif tolak tubuh Safa kembali duduk pada kerusinya kerana kapal terbang mereka akan mendarat nanti.
"Aku pernah datang sekali." Balas Thaqif dengan senyum tipis.
"Dengan siapa?" Safa menyoal curiga. Atas urusan business? Rasanya tak mungkin. Orang yang datang Santorini mesti nak bercuti.
"Kawan." Thaqif balas sepatah sebelum lelaki itu memandang kedepan tidak berminat mahu menerima apa-apa lagi soalan dari wanita itu.
"Okay." Safa diam, entah kenapa hatinya rasa tidak selesa dengan respon lelaki itu. Betul ke kawan? Ke teman wanita?
Eh kejap. Thaqif pernah ada teman wanita ke?
•••
"Oh my!!! Cantiknya!!" Safa selak langsir jendela bilik penuh teruja apabila pemandangan pulau yang begitu indah memukau mata telah menghiasi ruang mata. Tak pelik kenapa Pulau Santorini antara pulau terkenal untuk dijadikan lokasi berbulan madu.
Mereka tadi tiba di airport kecil Santorini sebelum dibawa ke bandar Oia untuk menginap di hotel yang telah disediakan semuanya oleh Safa sendiri.
Sampaikan Thaqif terkebil-kebil, macam manalah isterinya boleh jadi selaju ni kalau bab-bab nak honeymoon ni. Memang dah rancang lama ke apa?
"Ah tenangnya.." Safa tolak sliding door sebelum angin Laut Aegean buat rambutnya berterbangan. Dia sekarang berada di dalam VIP suite room berbentuk gua dan jika dia keluar dari sliding door dia akan dapat pemandangan yang lebih memukau dengan bangunan-bangunan dan rumah berwarna biru dan putih yang binaannya digunakan dari bahan yang kukuh.
Di hadapan bilik mereka juga terletak kolam renang sederhana besar cukup buat dua manusia itu berendam bersama.
"Safa?" Panggilan Thaqif buat Safa berpaling.
"Makan?" Thaqif tunjuk dulang makanan dibawanya. Hujung bibir Safa ternaik menyungging senyum.
"Kau order makanan ke?" Safa menghampiri Thaqif kelihatan kacak lebih dari kebiasaan. Dengan baju kemeja putih kosong yang lengannya disisin hingga kesiku.
Rambut lelaki itu tidak disikat kemas seperti kebiasaan, sangat berbeza jika mahu dibandingkan dari Thaqif yang dia selalu lihat selama ini. Walaupun begitu, figura Thaqif lebih mengiurkan daripada makanan yang dihidang lelaki itu. Beruntungkah dia dapat melihat rupa Thaqif yang satu ini?
Apa kau fikir ni Safa? Seperti ada suara menjerit di dalam hati buat Safa teguk air liur? Kenapa dengan dia?
Sekali lagi teragak-agak dia mengangkat wajah memandang lelaki itu, melihat Thaqif yang sedang meraup rambut yang jatuh ke dahi buat jantung Safa berdetak laju. Bayang-bayang malam pertama mereka mengisi ruang mata buat Safa menutup mata mengalih pandangan ke arah lain.
YOU ARE READING
Tempat Sempurna
RomanceTHAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekar...