7

56.4K 3.8K 468
                                    

"Akak..." Safiya kaku dimuka pintu bilik air kakaknya. Jantung mula berdetak laju sebelum dia cepat berlari mencapai tuala dan kembalu masuk ke dalam bilik air mengeluarkan kakaknya yang terduduk lemah di dalam tub mandi.

Tubuh kakaknya masih berbaju sudah basah kuyup dengan pancuran air shower yang masih terpasang.

"Apa dah jadi?" Safiya balut tuala pada tubuh kakaknya lantas mengeluarkan Safa dari dalam tub. Make up di wajah Safa luntur begitu juga rambut Safa yang basah tidak terurus.

"Apa Abang Thaqif dah buat kat akak?!" Soal Safiya garang. Mujurlah dia tidur lewat malam itu kerana drama Koreanya hingga dia terdetik mahu ke bilik kakaknya dan tidur di situ.

Tak sangka masuk sahaja bilik itu, keadaan Safa sebegitu rupa.

"Akak!! Tengok aku?!" Safiya letak Safa di atas lantai sebelum dia tarik wajah Safa mendongak melihatnya.

"Apa dah jadi?" Soal Safiya lembut. Dan saat itu juga bibir Safa bergetar dan air mata mula bergenang. Nafas terasa sesak.

"Adri..." Suara Safa bergetar.

"Kenapa dengan Adri?" Safiya menyoal lagi.

"Dia curang dengan akak.. Dia curang Safiya.. Dia dan Dila.. tsk tsk.." Dengar sahaja luahan kakaknya, Safiya terduduk dengan mulut sedikit terbuka mencari nafas.

"Kenapa semua orang jahat Safiya,,? Kenapa orang buat akak macam ni,,?"

"Sakit..."

"Akak sayang Adri macam nyawa akak selama ni, dia satu-satunya lelaki yang akak harapkan.. Tapi kenapa,,?" Safa melepas esakan lagi hingga kepalanya ditarik Safiya ke bahu.

Belakang Safa diusap-usap Safiya. Tiada kata mampu diucap. Cukup hatinya turut sakit mengenangkan Adri dan Dila yang kedua-duanya dianggap sahabat baik oleh kakaknya dan sekarang menjadi manusia yang sakitkan kakaknya.

Dia tak akan maafkan orang itu.

"Cik Safiya kat bilik Cik Safa Datin!" Terdengar laungan bibik di muka pintu buat Safiya yang masih lena menggeliat lantas menoleh kakaknya di sebelah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cik Safiya kat bilik Cik Safa Datin!" Terdengar laungan bibik di muka pintu buat Safiya yang masih lena menggeliat lantas menoleh kakaknya di sebelah. Kuat kedengaran nafas Safa disebelah. Wajah itu turut merah dan sembap.

"Mama cari ke bibik?" Safiya bangun menggeliat dengan tangan keatas. Mata memandang bibik mula menarik langsir jendela buat kakaknya yang tadi lena kini mula menggeliat.

"Ya, Datin ingat Cik Safiya pergi jogging."

"Aih anak dara mama ni, bangun! Papa dah tunggu breakfast kat bawah." Dengar sahaja bebelan mamanya Safa yang tadi masih memejam mata akhirnya membuka kelompak matanya.

"Bangun! Safa! Safiya!" Datin Khadija menapak masuk menarik selimut anak gadisnya dan tak semena-mena dia menangkap raut wajah Safa yang sembap kemerahan.

"Kamu kenapa Safa?" Suara Datin Khadija mula berubah. Punggung dilabuh dibirai katil. Jelas kegusaran.

"Err.." Safa mamai.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now