43

56K 3.4K 429
                                    

Bunyi notifikasi telefon buat tubuh seseorang yang terlena beralaskan lantai bergerak-gerak dengan wajah berkerut tidak selesa. Perlahan-lahan kelompak mata terbuka mencerna apa yang tersaji di ruang mata.

Sedar dimana tubuhnya terlantar, Safa bingkas bangun dari baringan dengan mata terkebil-kebil. Rasanya semalam dia tidur atas sofa, ini dah tergolek ke lantai dah kenapa? Tangan meraba-raba mengeluarkan telefon bimbit dari dari beg tangannya. Skrin telefon dinyala.

Pukul 2 pagi! Patutlah badan dia sengal semua, dah berapa lama agaknya dia tertidur di atas lantai itu. Niat asalnya mahu tidur di dalam bilik dia dan Thaqif tapi kaki pula berat mahu melangkah. Sudahnya dia berundur ke ruang tamu dan entah bagaimana terlelap di sofa.

Ada juga panggilan dari Dato' Azham walau dia sudah maklumkan pada orang tuanya yang hari itu dia ada urusan diluar dan mungkin tak akan pulang ke rumah. Helaan berat nafas terhembus. Skrin telefon diketik-ketik meninggal pesan pada keluarganya agar esok pagi tidak huru hara jadinya. Bukan dia tak tahu sifat paranoid papanya yang seorang itu.

Tak cukup dengan itu. Safa siap menghantar selfie dengan senyum menampakkan gigi berharap dengan gambar itu dapat membuat papanya lega esok.

Usai meninggal pesan, Safa letak telefon di atas meja sebelum dia menggeliat meregang badan. Fuh! Kalau sampai keesok dia tidur atas sofa, tak tahu lah apa jadi pada badan dia. Dahlah baru je bersalin czer, berpantang pun main main. Haih Safa kau dah mula tak sayangkan tubuh.

Nak tak nak, dengan mulut terbuka luas menguap, Safa tarik beg tangan dan telefon bimbitnya lalu langkah diatur mendaki tangga menuju ke bilik. Dengan nafas dihembus panjang dan lafaz bismillah, daun pintu ditolak. Buat seketika kakinya kaku tak berkutik dihadapan pintu.

Sunyi..

Tapak kaki tetap bergerak membuka almari mengeluarkan cadar dan comforter, sedar hati sudah sebak. Nafas ditarik panjang membuang jauh rasa itu. Jika dilayan, sakitnya tak akan hilang, lebih baik dia tetap membiasakan diri dengan hari-hari yang berjalan.

Setidaknya, lama kelamaan rasa ini mungkin perlahan-lahan memudar pergi.

Ting!!

Sekali lagi bunyi notifikasi daripada Instagram buat Safa merengus dan berpaling memandang skrin telefon. Bunyi yang sama mengganggu tidur dia tadi.

Bantal bantal di dalam almari dikeluarkan lalu dihempas di atas katil sebelum dia capai telefon bimbit. Pesanan dari orang yang sama sejak beberapa bulan ini.

@ts

Username sudahlah guna dua huruf je, gambar profile pula tak nampak tuan muka, dengan warna hitam putih atau kelabu gelap. Yang dia pasti gambar lelaki yang sedang berbaring itu ditindih bayi!

Cukup menunjukkan dia seorang ayah! Dah jadi Ayah pastilah ada isterinya? Ini dah kenapa sibuk nak mengacau bini orang?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cukup menunjukkan dia seorang ayah! Dah jadi Ayah pastilah ada isterinya? Ini dah kenapa sibuk nak mengacau bini orang?

Asalnya Safa memang berniat mahu mengabaikan setiap chat lelaki itu tetapi apa yang membuat dia akhirnya membalas ialah topik bisnes yang dikeluarkan lelaki itu betul-betul menandakan lelaki itu orang terdekat. Tapi siapa?

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now