57

58.1K 3.5K 265
                                    

Thaqif lerai tali leher sebelum dia keluarkan sapu tangan mengesat peluh di dahi. Hari ni sahaja dah beberapa kali dia keluar masuk pejabat untuk melawat tapak projek. Ini perkara paling malas dia nak buat. Kalau dulu dia bersungguh-sungguh dengan kerjanya kali ini berbeza. Dia tidak lagi seperti Thaqif yang dulu. Pukul 5 dia dah angkat kaki keluar dari pejabat.

Dia cuma jalankan tanggungjawab masih tersisa sebelum dia serahkan semuanya kepada Naufal. Azrul? Dengar cerita lelaki itu masih bekerja di tempat lama dah tidak berani lagi masuk campur dalam urus kuasa Thaqif. Banyak skandal dan cerita buruk tersebar mengenai lelaki itu buat Azrul bukan orang tepat untuk memegang jawatan CEO.

Safa sekarang pun sudah kembali bekerja seperti biasa. Pergi pukul 9 pagi balik pukul 4.30 petang. Saqif pula bergilir-gilir di rumah orang tua mereka. Mujurlah ada ramai yang sudi tengokkan.

Bukan Safa tak bagi cadangan mahu menghantar Saqif ke rumah pengasuh tapi bapanya. Thaqif betul-betul paranoid.

Sampai lelaki itu kata, dia sanggup bawa Saqif ke pejabat kalau tiada siapa dari keluarga yang mampu tengokkan Saqif.

Itu baru anak seorang.

"Ah dahaga!" Tolak sahaja daun pintu bilik, Thaqif sedikit tersentak memandang sebatang tubuh tegap berdiri di muka pintu bilik pejabatnya.

"Encik Thaqif, ada orang..." muncul pembantu peribadi Thaqif di belakang wanita itu.

"Dia dah ada buat appointment?" Tak berperasaan Thaqif menyoal.

"Belum tapi dia..." serba salah pembantu peribadi Thaqif ingin menjawab.

"I'm a busy person you see? Don't let me get involved to unnecessary things." Thaqif kemas tali leher sebelum dia melangkah melintasi wanita itu.

"Thaqif!" Najla teguk air liur.

"Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau. Jadi sila berambus." Thaqif tak berhenti dan terus melangkah dengan kata-kata yang cukup menyiat hati Najla waktu itu.

Tak ada guna kau merayu kemaafan lagi Najla. Apa yang kau buat tak mampu dapat belas lelaki itu lagi.

PERLAHAN-LAHAN dia menolak daun pintu rumah. Dari jauh dah terdengar bunyi sesuatu dari dapur, hidungnya mula menangkap bau. Spontan bibir tersenyum.

Beberapa langkah dia ingin mendaki tangga, mata Thaqif menangkap tubuh si comel Saqif sedang nyenyak di ruang tamu. Safa mungkin di dapur memasak selepas menidurkan anak mereka.

Tak tahan mahu menggomol anak comelnya. Thaqif terus berlari anak mendaki tangga. Dia harus cepat-cepat mandi, biar tubuh bersih dan bebas kuman luar. Barulah dapat dia cium peluk anak itu.

Siap menunaikan Solat Asar Thaqif kembali menuruni tangga menunur ke arah Saqif. Tubuh Saqif yang masih lena didukung lalu diletak di atas lengannya. Hidung kecio itu dicuit-cuit.

"Hey bangun! Petang-petang mana elok tidur." Dagu comel itu pula dicubit kecil hingga bibir merah semula jadi Saqif terbuka-buka.

Muka anak itu mula berkerut-kerut. Merah menggeliat atau mungkin bengang tidurnya diganggu papa.

"Saqif.. bangunlah. Tak rindu papa ke?" Dia kat tempat kerja sekejap-kejap main telefon semata-mata nak tengok video comel Saqif.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now