26

60.7K 3.5K 240
                                    

"Macam mana rumor tu?" Thaqif gosok batang leher melepas kepenatan menemani Safa malam tadi sampai dia tertidur di dengan badan duduk di atas lantai dan kepala rebah di atas katil.

"Kami dah buat macam yang Encik Thaqif minta. Kami ada dapat respon dari company-company tempat orang yang sebarkan gosip tu bekerja." jawapan Hasrul ditalian cukup buat Thaqif menyungging senyum sinis.

"Pastikan mereka rasa balik apa yang mereka dah buat dekat wife saya. Ah lagi satu, kamu dah jumpa siapa yang hampir dedahkan rahsia Safa 11 tahun lepas dekat Twitter?" Thaqif cekak pinggang melempar pandangan keluar tingkap.

"Sudah Encik Thaqif. Kami sudah hantar surat amaran saman pada dia dan sejam selepas itu dia ada hantar email pemohonam maaf." Sekali lagi bibir Thaqif menyungging senyum sumbing.

"Kumpul semua maklumat orang yang bertanggungjawab atas gosip ni. Maaf Hasrul bebas kerja awak bertambah.."

"Tapi Encik Thaqif, Encik tak rasa semua ni seperti tiba-tiba dan ada dalang yang memang berniat nak jatuhkan Safa ataupun Encik Thaqif?" soalan Hasrul buat Thaqif terdiam.

"Saya pernah terfikir benda yang sama." Kalau semua ini Adri ataupun Dila. Dia sumpah dengan petik jari dia bakar satu kafe milik pasangan itu.

Tapi dia tak rasa Adri dan Dila berani untuk buat semua perkara yang mungkin merisikokan kerugian mereka. Mereka itu mata duitan.

"Cari orang yang jadi punca gosip tu dan bawa dia pada saya Isnin ni juga." Ihsan ada katakan ada satu akaun yang kononnya pakar membongkar rahsi orang-orang ternama.

Jadi mari kita lihat bagaimana rasanya bermain dengan orang ternama.

Kekuatan orang itu mungkin pada kata-kata tulisan melempar gosip pada orang. Tapi kekuatan Thaqif, pengaruh Thaqif sendiri cukup dapat menghancurkan hidup orang-orang itu.

"Selebihnya,, kita tunggu majlis pernikahan Azrul nanti.." senyuman Thaqif terukir lebar  sesaat sebelum ianya memudar.

Bunyi tombol pintu dipulas dari luar buat Thaqif berpaling.

"Thaqif.." Wajah Safa memenuhi ruang mata.

"Saya letak dulu. Kalau ada apa-apa segera maklumkan." Sebaik matikan panggilan Thaqif letak telefon bimbitnya ke atas meja kerja lantas bergerak menghampiri si isteri.

"Safa kenapa?"

"Just looking for you because I'm bored." Mana tak mencari, dia fikir bangun tidur Thaqif akan berada di sebelahnya tapi tiada. Hampir dia mahu menangis.

"You hungry?" Tangan Thaqif bergerak menyelit rambut Safa kebelakang telinga sebelum dia tunduk menghadiah kucupan di dahi isterinya.

"Kinda." Senyuman Safa terbentuk membalas tatapan suaminya.

"I already cooked for lunch for is. Let me heat it up first." hampir Thaqif meleraikan pelukan Safa kembali mengemas lingkaran di dada suaminya.

"what now?" Thaqif melepas tawa kecil dengan perlakuan Safa yang tak terjangka itu.

"Can't stop clinging to you. Apa aku nak buat ni?" Ada nada pilu kedengaran. Thaqif hela nafas berat sebelum menolak lembut tubuh isterinya.

"Kau mengandung, mungkin pembawaan baby. But put the clinging part aside. let's feed our precious baby." Tangan Thaqif bergerak menyentuh perut Safa masih kempis. Senyuman lebar dihulur buat isterinya.

"So mean..." Safa mengecil mata.

"Nanti kita sambung, aku tak kemana pun Safa.." Thaqif pimpin tangan Safa keluar dari ruang bilik kerjanya.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now