44

57.4K 3.7K 977
                                    

Ting~

Baru sahaja ingin menyua penyedut minuman, kepala Safa menoleh memandang skrin telefon di atas meja. Tak semena-mena dahinya berkerut jengkel, dengan hujung bibir terjungkit jijik dengan pesanan dihantar @TS di Instagram miliknya.

'Tengok anak kita berselera minum susu awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Tengok anak kita berselera minum susu awak..' - TS

Dengan sekeping gambar yang entah anak siapa yang sedang menyusu dengan botol dihantar padanya.

"Ini dah lebih.. kau tunggu! Aku cari bini kau sampai dapat and aku report kat dia yang bertapa malangnya dia dapat laki gatal miang macam kau!" Sambil mengomel sambil Safa mengetik membalas pesanan lelaki gatal itu.

Patut ke dia block je lelaki miang ni? Kalau dia block, nanti macam mana dia nak cari bini lelaki tu? Okay tak apa, kau sabar ya jantan, sabar.

"Ingat aku suka lah kau chat macam ni?" Safa ketap gigi lalu tombol send ditekan kasar.

'I've put the gap between us but you keep cross the line, jangan salahkan saya kalau isteri Encik TS tahu semua perangai buruk Encik!' - SAFA

'Cuba lah cari kalau jumpa, tolong bawa dia pada saya.' - TS

"The hell? Kau ni!" Safa putar bola mata, layan lelaki tu boleh naik angin dia dibuatnya.

Telefon ditelak ketepi malas mahu melayan, penyedut minuman ditarik lalu disedut rakut. Dahaga dan panas hati melayan lelaki-lelaki gatal. Kenapalah si Safa Aqilah ni perlu dikelilingi lelaki yang tak guna!

"Puan Safa?" Sapaan seseorang buat Safa angkat kepala. Senyuman dicarik.

"Hasrul, duduklah." ramah dia membalas sapaan lelaki itu.

"Baik, terima kasih Puan." Hasrul tarik kerusi dihadapan Safa sebelum dia letak sekeping sampul putih di atas meja.

Senyuman Safa melebar, mungkin tak sabar menunggu bicara dari orang kepercayaan Thaqif itu.

"Puan Safa apa khabar?"

"Sihat alhamdulillah. Awak pula?" Safa kembali menyoal. Entah apalah nasib Hasrul bila Thaqif dah tak ada dipejabatnya.

"Hidup saya macam ni lah Puan Safa, makin bosan sejak Encik Thaqif tak ada." Ada tawa hambar dihujung ayat Hasrul buat Safa tarik senyum pahit. Jangan dikatakan lelaki itu, hidup dia sendiri pun separuh mati rasanya.

"Awak dah jumpa apa yang saya suruh cari?" Safa mengubah topik dan laju juga Hasrul mengangguk. Sampul putih ditolak dengan jari ke arab Safa.

Tak menunggu Safa buka sampul itu, isi didalamnya merupakan gambar-gambar yang dikumpul Hasrul untuknya.

Gambar pertama Najla bersama seorang lelaki, dan dalam dukungannya ada seorang bayi.

"Itu gambar Najla dan suami pertama dia." Seperti memahami Hasrul membuka bicara.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now