37

51.8K 3.5K 625
                                    

Buka sahaja mata, beberapa detik diambil untuk dia mencerna apa yang berlaku disekelilingnya. Tangan naik meraba perut, buat segala memori yang berlaku sebelumnya kembali berlayar jelas di ruang mata.

Entah apa yang patut dia rasakan dengan perut yang sudab kempis dan kosong itu. Sedih? Mungkin ya, kerana Saqif sudah 7 bulan bersamanya, merasa tendangan Saqif seperti rutin hariannya.

Sekarang setelah tahu segala duka dibalik sebuah kandungan itu. Akhirnya Safa tiada rasa. Apa yang dia lihat sebelumnya buat dirinya keliru dan sakit.

Apa tujuan Thaqif berkahwin dengan Najla sebenarnya? Dan apa yang berlaku sekarang? Memori terakhir yang dia dapat tangkap cuma pasangan yang berpelukan setelah dia jatuh menahan sakit sendirian. Hingga anak dia dan Thaqif keguguran.

Atau sebenarnya dia yang diperbodohkan selama ini.

Bunyi pintu ditolak buat Safa berpaling.

"Safa!" Teruja Thaqif menyapa si isteri.

"Jadi anak tu dah tak ada?" soalan Safa buat Thaqif sedikit terkaku.

"Safa..." Baru beberapa langkah Thaqif melangkah.

"Baguslah.. aku pun memang tak sanggup lagi nak mengandungkan anak dari lelaki macam kau." Langkah Thaqif terhenti. Mata tak berkelip memandang Safa tenang melontar kata.

"Inikan nak bayangkan hidup aku terpaksa besarkan anak, sleepless, faking love untuk seorang budak yang aku tak akan cinta."

"Macam mana aku nak curahkan sayang aku pada anak kepada lelaki yang perbodohkan aku selama ni?!"

"Bila masa aku bodohkan kau?!" Kasar suara Thaqif menyoal.

"Ya aku bodoh dengan layanan kau! Yang bodoh aku boleh jatuh sayang dengan layanan palsu tu! Tak cukup dengan tu! Aku tetap bodoh biarkan rasa tu makan diri aku!" Safa ketap gigi, perasaanya bercampur baur. Dia serabut! Sangat serabut!

"Aku tak pernah palsukan apa yang aku buat kat kau Safa. Apa yang kau tengok itulah aku." lembut suara Thaqif cuba menenangkan si isteri.

"TIPU!!"

Pang!!

Pecah pasu kaca yang masih berisi air dihadapan Thaqif dibaling oleh Safa.

"Safa tenang..." Thaqif perlahan-lahan melangkah menghampiri.

"Jangan dekatlah!" Tengkingan Safa buat langkah Thaqif terhenti. Berombak dada melihat amarah si isteri.

"Aku penat Thaqif.. Kalau kau nak mainkan aku, nak teruskan game yang memang kau pemenangnya. Teruskan, tapi tolong keluarkan aku dari hidup kau." Suara Safa akhirnya mengendur. Sebak hati mengenang sakit diri yang sudah lama berperang di dalam diri.

"Cukup pergunakan aku.."

"Aku tak gunakan kau Safa. Tolong kali ni percayakan aku."

"Aku cintakan kau Safa, aku tak tahu sejak bila tapi.. Aku mula sedar yang aku sanggup buat apapun untuk kau." Separuh merayu Thaqif berkata.

"Pasal Najla, ya aku memang mengandungkan dia tapi tu cuma masa lalu. Masa lalu yang aku nak lupakan. Kalau aku cerita pun, aku tetap orang salah."

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now