17

61.9K 3.6K 613
                                    

"Sugar daddy?!" Serentak lelaki itu menyoal tidak percaya apa yang keluar dari mulut budak sekolah itu. Safiya angguk kepala yakin. Mata serius memandang lelaki-lelaki yang masing-masing masih berkeringat dengan peluh dan terpaksa dengar segala cerita dukanya.

Siapa suruh dengar? Alang-alang semua penyibuk nak tahu, dia pun buka lah cerita serupa nak buat syarahan depan kawan-kawan Naufal tu.

"Ya, sebabkan Naufal, saya kena tuduh terlibat dengan Sugar Daddy. Padahal benda tu cuma salah faham." Sungguh-sungguh Safiya bercerita buat lelaki-lelaki itu mengangguk kepala memahami.

"Cikgu Ibrahim sampai nak libatkan mama dan papa tau. Safiya tak nak Mama dan Papa tahu."

"Kenapa pula?" Seorang kawan Naufal menyampuk buat Naufal menjeling sekilas.

"Jadi Safiya nak abang buat apa sekarang?" Naufal mengalih topik dengan membahasakan dirinya abang. Lagipun dia 6 tahun lebih tua dari Safiya. Baik dia gunakan bahasa abang dari awak saya. Lebih menyeramkan, kan tak pasal-pasal kena tuduh sugar daddy.

"Erm.. Jumpa cikgu disiplin Safiya dan ceritakan semuanya."

"Kenapa Safiya tak cerita perkara sebenar?" Naufal menyoal lagi.

"Kalau Safiya cerita, tak ada orang percaya. 1 lawan 5 kalah lah. Lagipun Tina tu penolong pengawas sekolah. Mesti semua orang percaya apa dia cakap."

"Ohh..." Serentak lelaki disitu melepas keluhan berat.

"Tina tu siapa pula?" Dalam ramai-ramai mesti ada seorang terlepas train.

"Laa kan dia dah cakap Tina tu penolong ketua pengawas, mestilah Tina tu yang buat cerita yang Naufal Sugar Daddy Safiya. Bukan macam tu Safiya?" Seorang lelaki menjawab bagi pihak Safiya buat lelaki lembab tadi mengangguk-ngangguk kepala.

"Betul! Tina tu memang dari dulu tak sukakn saya. Fake! Munafik. Entah macam mana lah dapat jawatan tu." Safiya peluk tubuh geram.

"Tak apa Safiya, setakat pergi jumpa guru Disiplin, Naufal ni dah selalu sangat jumpa guru disiplin masa sekolah dulu." penjaga gol tadi menepuk bahu Naufal dengan senyum lebar.

"Wah.. Abang pengawas ke? Or ketua pengawas?" Soal Safiya teruja. Kalau Naufal bekas ketua pengawas ke apa, lagi lah dia rasa lega.

"Tak, abang lah yang langgar disiplin tu." Safiya terdiam dan yang lain mengekek-ngekek menahan tawa.

"Tak apa, esok abang pergi sekolah Safiya uruskan apa yang patut." Naufak tegak tubuh dengan senyum sinis.

"Abang jangan burukkan keadaan sudah." Safiya pandang tajam memberi amaran.

"Alaa jangan risau, abang boleh buat Cikgu Ibrahim tu tak berani pandang Safiya dah dengan Tina semua tu."

"Kau tu dah 23 Naufal, jangan nak tunjuk perangai 17 tahun kau depan budak 17 tahun. Kau beri pengaruh buruk pada Safiya." Seorang kawan Naufal yang memakai jersi bernama Maz menegur. Yang lain turut mengangguk kepala menyetujui.

"Jangan cemarkan our little Safiya. Kau tak tengok bertapa polos dan sucinya wajah dia." Seorang lagi menyokong buat Naufal hela nafas panjang.

"Okay esok abang selesaikan cara baik."

"Yeah! Kalau macam tu thank you semua dengar cerita saya. Saya balik dulu." Selamba Safiya tarik beg sandang buat semua disitu terkebil-kebil.

"Tadi Safiya datang naik apa?" Soal Naufal gusar. Budak itu datang entah dari mana tiba-tiba muncul disini.

"Oh, tadi datang dengan driver papa. Lepastu Safiya suruh dia balik takut dia report papa yang Safiya jumpa lelaki kat sini."

"Safiya bagi alasan apa kat dia?" Seoarang lagi menyoal.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now