25

59.5K 3.7K 166
                                    

Bunyi titisan air drip jatuh ke dalam botolnya. Suasana hening tidak terkata. Bau dari pelembab udara sedikit sebanyak menenangkan hati yang masih gundah.

"Maafkan Thaqif mama.." Thaqif tegak berdiri menunduk kepala memandang Datin Khadija duduk di atas kerusi bersebelahan katil wad isterinya yang masih tidak sedarkan diri.

"Maafkan Thaqif.."

"Thaqif tak salah. Mama tahu." Datin Khadija tersenyum tipis, menggenggam lembut jemari anak sulongnya.

"Thaqif salah mama, sebenarnya mengenai perkahwinan tu.."

"Mama tahu Thaqif satu-satunya yang boleh bahagiakan Safa." Datin Khadija memintas buat Thaqif mati kata. Dia cuma ingin menceritakan semuanya, kejujuran dibalik tirai perkahwinan mereka.

"Sepanjang bergelar isteri Thaqif. Mama tahu Safa bahagia. Dia sangat bahagia, lebih bahagia berbanding dulu." Datin Khadija menarik nafas panjang.

"Setiap kali dia balik rumah mama. Dia selalu ceritakan Thaqif itu, Thaqif ini.." Air mata Datin Khadija jatuh mengalir ke pipi memandang wajah lesu anaknya di atas katil.

"Mama cemburu." Datin Khadija berpaling menatap menantunya buat Thaqif terkelu melihat air mata wanita itu.

"Kalau ada cerita yang keluar dari mulut Safa,, itu maknanya dia bahagia. Safa tak pernah terbuka dengan mama. Dia banyak memendam sampai mama tak tahu apa yang anak mama seorang ni nak." Tangan Datin Khadija naik pula menyentuh pipi Safa.

"Dia tidak tahu bergaul, dia terlalu mengasingkan diri dia dari orang lain."

"Safiya sudah ceritakan pada kamu kejadian 11 tahun lepas?" soalan Datin Khadija buat Thaqif tersentak lantas mengangguk kepalanya.

"Safiya sudah ceritakan semuanya sebelum kami berkahwin." balas Thaqif mendatar.

"Anak bongsu mama yang seorang tu terlalu sayangkan kakak dia." Datin Khadija melepas tawa kecil sebelum dia menarik nafas panjang.

"Lihat Safa macam ni buat mama ingat kejadian lama. Safa dimasukkan ke hospital setelah dibuli. Keadaan dia sangat teruk, hanya Tuhan sahaja yang tahu remuknya hati seorang ibu tengok anak mama dalam keadaan seperti itu." Bibir Datin Khadija bergetar. Kenangan hitam lama sehingga kini menghantui.

Thaqif dalam diam mengepal penumbuk menatap isterinya di atas katil wad.

"Ya Allah! Abang anak kita!!" Mahu terkeluar anak tekak Datin Khadija memandang tubuh Safa masih berbaju sekolah dimandi darah ditolak keluar dari badan Ambulance.

"Ya Allah! Ya Allah!!" Datin Khadija hampir rebah sempat disambut suaminya Dato' Azham.

"Bawa bersabar Khadija. Insya-Allah anak kita.."

"Macam mana saya nak bersabar Azham? Saya tak besarkan Safa untuk tengok dia macam tu Azham!! Safa anak kita!!" Tengkingan Datin Khadija mengundang mata di lobi kecemasan itu.

"Mama tertekan sehingga mama abaikan perasaan papa kamu. Sakit untuk terima kenyataan anak mama diperlakukan seperti itu. Tapi lagi sakit bila.." Datin Khadija tarik nafas panjang memandang Thaqif.

"Apa maksudnya kami kena tutup kes ni? Apa maksudnya pihak sekolah sendiri tak nak bertanggungjawab atas kes buli anak kami?!" Tengkingan Dato' Azham bergema di ruang pejabat pengetua sekolah.

"Maaf Dato'  Azham. Kami dapat desakan dari luar dari semua ibu bapa yang telah menandatangani petisyen untuk tak membenarkan kes ini dibawa ke mahkamah atas tujuan nama baik mereka dan anak-anak mereka yang sekolah kat sini" Si pengetua menunduk kepala dari terus memandang wajah garang Dato' Azham bersedia untuk meletus memarahinya.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now