13

56.8K 3.1K 269
                                    

Masa begitu pantas berjalan, dan hari demi hari melangkah menuju ke detik Thaqif dan Safa disatukan bawah satu agenda yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Tak dijangka persiapan untuk majlis pernikahan mereka betul-betul diuruskn Thaqif dan Safa sendiri. Dari sekecil-kecil
perkara mereka berjaya membuat kedua orang tua mereka yakin perkahwinan mereka betul berlandaskan cinta.

Thaqif begitu licik.

Safa hela nafas berat memandang jam dipergelangan tangan. "Dia ingat aku tak tahu? Dia beria-ria nak uruskan perkahwinan berdua konon nak buat kenangan manis untuk anak. Tapi niat sebenar dia semata-mata nak yakinkan keluarga yang aku betul-betul cintakan dia sampai bersungguh-sungguh nak buat persiapan nikah ni." Safa ketap gigi sambil mengomel sendiri. Badan disandar pada kereta di hadapan bangunan butik besar milik Amanda's Collection.

'Kau pun bodoh Safa jatuh dalam perangkap kata-kata dia.' Satu suara berperang di dalam hati buat Safa merengus sendiri.

Ya dia memang bodoh! Ini baru sedikit, dia tak pasti macam kana kucar kacirnya hati dia bila dia jatuh dalam genggaman lelaki bernama Thaqif itu.

Keluar kandanf harimau, masuk pula mulut buaya.

"Haih." Panjang keluhan Safa kedengaran.

"Mengeluh kenapa ni?" Satu suara menyapa buat Safa angkat kepala memandang lelaki itu.

'Tak safa, kau tak boleh biarkan diri kau jatuh dalam genggaman lelaki ni. Kau bukan manusia yang boleh diperbodohkan lagi!' Kuat suara berbisik dihati membuat Safa menarik nafas panjang.

"Aku buat salah ke?" Soal Thaqif bingung dengan pandangan garang perempuan itu.

"Kau tanya aku? Kau tahu tak aku tercegat kat sini dah setengah jam! Dengan panas nak meleleh make up aku tahu!" Kasar balasan Safa buat kening Thaqif bercantum.

"Kereta kau ada aircond kan? Kenapa tunggu tercegat kat luar? Lagipun kita dah buat appointment dengan Amanda, kau boleh masuk dalam butik tu tunggu kat dalam." suara itu tenang membalas.

"Banyak benda yang boleh kau buat daripada tercegat kat sini. Nanti kau sakit aku juga yang susah hati."

"Excuse me?" Safa kerling Thaqif garang.

"Kau bakal pengantin aku Safa, aku tak nak lah seri pengantin kau hilang. Dan jangan garang sangat." Thaqif senyum tipis sambil tangannya bergerak menyapu keringat di dahi gadis itu.

Dan sekali lagi Safa tewas.

"Jom." Thaqif tersenyum manis sambil dia hulur tapak tangannya kepada Safa, dan seperti dirasuk Safa akur menyatukan tangan mereka.

Stupid Safa..

"I tak tidur malam, bersekang mata siapkan this gown!" Amanda pereka fasyen terkenal selak tirai sebelum mata Thaqif dan Safa sama-sama terpegun melihat gaun pengantin sentuhan khas pereka fesyen itu sendiri.

"Cantik." Spontan Safa memuji sebelum
Dia bangun menyentuh helaian kain gaun pengantin bewarna putih dengan hiasan manik kecil. Betul-betul kena dengan seleranya!

 Betul-betul kena dengan seleranya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now