46

64.4K 4.1K 478
                                    

Ding dong~

Lonceng rumah ditekan tiada tanda-tanda ia bakal dibuka. Sekali lagi skrin telefon dinyalakan dan alamat tertera dibaca berkali-kali. Rasanya dia dah tak salah. Kini dia berada di tingkat 9 kondo mewah yang sama tertera di dalam alamat.

Puas menunggu Safa merengus lantas nombor Ihsan didail.

"Sayang papa.. baiknya dia tak meragam hari ni." Thaqif tanggal tali pinggang keselamatan di car seat anaknya lalu tubuh Saqif didukung. Sempat dia mengucup pipi tembam anaknya.

Dan seperti rutin-rutin kebiasaan, hari itu hari minggu dan pastilah awal pagi lagi Thaqif dan Saqif perlu ke pasaraya untuk beli barang rumah. Haih nasib anak duduk dengan bapa bujang macam ni lah. Kadang ada juga rasa kasihan pada Saqif, angkara ego sendiri Saqif terpaksa ikut dia ke hulur ke hilir dari usia anak itu masih kecil. Padahal sepatutnya anak seusia Saqif tinggal dirumah dijaga, diberi susu dan tidur dengan nyaman. Tidak perlu ikut bapa sendiri kerja. 

Tapi Thaqif lagi takut untuk serahkan Saqif kepada sesiapa. Paranoid di dalam diri buat trauma lama menyerang. Sudahnya dia rela bawa anaknya kesitu kesini walau dalam urusan kerja sekalipun.

"Balik rumah nanti, papa mandikan Saqif, bagi Saqif minum susu dan Saqif boleh rehat tidur ya?" Thaqif tolak stroller sambil dia gantung barang dapur yang tidak berapa banyak pada penggantung yang ada di stroller itu. Sampai di lif dari tapak parkir, tombol naik ke atas ditekan.

"Tak ada orang pun? Kau tipu aku ke apa?" Bengang suara Safa kedengaran menyoal Ihsan di talian.

"Dia keluar kerja kot." Ihsan garu kening memandang kekasihnya dihadapan yang sudah jungkit kening tertanya-tanya siapa yang menelefon.

"Kerja apa nya? Harini weekend!" Safa hentak kaki geram. Tahukah lelaki itu, berhari-hari dia tak dapat tidur memikirkan bagaimana rupa anaknya lepas diberitahu Ihsan yang Saqif masih hidup! Dan Thaqif membawa anaknya jauh semata-mata tak mahu susahkan Safa sendirian! Alasan tak masuk akal!

"Tak pun dia keluar pergi beli sarapan ke apa," kurang sabar perempuan tu boleh tahan juga ya. Patutlah sikap penyabar Thaqif sejak kahwin dengan Safa boleh dapat anugerah paling penyabar semesta alam.

"Aku tak kira aku nak dia ada depan mata aku sekarang!!"

"Dah tu aku nak buat apa? Aku kat Malaysia tengah breakfast dengan girlfriend aku, kau expect aku boleh jadi ultraman terbang sana carikan Thaqif untuk kau?"

"Macam mana kalau Thaqif tak muncul-muncul..." Suara Safa sudah sebak sambil dia terduduk mencangkung memikirkan nasib diri. Sudahlah dia tak sedar anaknya masih hidup, dia ditipu hidup-hidup kononnya Saqif sudah meninggal keguguran. Ini Thaqif bawa pergi anak dia jauh dari dia. Perempuan mana tak sakit dilayan seperti itu?!

"Dia akan muncul cari kau Safa, kau tahu apa Thaqif cakap kat aku sebelum dia pindah sana? Dia sediakan tempat kosong khas untuk kau kembali pada dia.. Dia tunggu kau dah lama."

"Kau tipu."

"Ikut kau lah nak percaya ke tak. Yang pasti aku ni bukan kaki tipu macam Najla tu." Ihsan sudah memutar bola mata diperhati Reen dengan jenggilan mata.

Bunyi stroller ditolak buat Safa berpaling dalam keadaan masih bercangkung dihadapan pintu rumah suaminya. Dan tak semena dia tergamam. Telefon yang tadi dilekap di telinga terjatuh di atas lantai. Mata membulat melihat susuk dihadapannya.

Begitu juga si lelaki, Thaqif kelihatan tergamam tidak menyangka apa yang dia lihat saat itu. Dia bermimpi atau sedang berhalusinasi? Safa? Adakah wanita yang ada dihadapannya sekarang adalah Safa isterinya.

"Hello? Hello? Safa?" Ihsan terkebil-kebil memandang skrin telefon. Tadi bukan main, ini dah senyap pula?

"Safa?"

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now